13 Jun, 2009

Kurma tertera kalimah Allah(Bukti Kekuasaan Allah)




Kurma tertera kalimah Allah (bahagian kiri biji)yang
dibawa oleh Bahasa Osman
--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR – “Saya hairan mengapa ianya sukar ditelan dan seolah-olah liat isinya, jadi saya keluarkan kembali dan dapati bijinya disalut dengan benda berwarna putih.

“Bila dibersihkan dengan air zam-zam baru didapati ada kalimah Allah pada bijinya. Lantas saya beristighfar mengucapkan kalimah Allah sebanyak tiga kali berturut-turut, “ jelas Bahasa Osman, 58, dari Semenyih, Selangor yang menemui biji kurma unik tertera kalimah Allah.

Menurutnya yang merupakan seorang penulis, ketika hendak makan kurma tersebut pada 21 September 1995, dia sedang demam dan tidak lalu menjamah selera serta hanya mahu makan kurma sahaja.

Apabila ditanya mengapa baru sekarang beliau mahu menunjukkan kurma tersebut kepada umum, Bahasa menjelaskan pada awal tahun ini, ketika dia sedang mengikuti satu sesi kuliah agama di sebuah masjid di Semenyih, penceramahnya menasihatkan hadirin, supaya tidak menyembunyikan sebarang perkara yang boleh membawa kebaikan kepada umum.

“Walaupun dia hanya bercakap secara umum, tetapi saya terasa dan berasa seolah-olah bersalah kerana menyembunyikan kurma ini, lantas ianya ditunjukkan pada bilal masjid berkenaan tidak lama selepas itu.

“Dia kemudiannya, menceritakan pula kepada gurunya, pendakwah dan guru Tajwid terkenal negara, Tuan Haji Datuk Hassan Azahari, yang menasihatkan agar ia ditampilkan kerana sedikit sebanyak mampu menguatkan akidah mereka yang melihatnya,” ujarnya.

Bahasa yang datang ke pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menunjukkan kurma berkenaan berharap agar ianya akan dapat membawa kebaikan kepada masyarakat umum.

sumber www.yadim.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan