13 Disember, 2010

Menteri Besar yang penuh dengan komitmen kerja


Ketokohan Y.A.B Dato Bentara'Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nikmat (Menteri Besar Kelantan) dari dahulu sampai sekarang memang diakui ramai.Baik dari segi keilmuan,kealiman,dan juga budi pekerti.Ini diakui sendiri oleh masyarakat dan penduduk Kelantan.Bermula di lantik menjadi MB,perasaan kagum aku terhadap beliau memang tidak pernah padam.Setiap2 kata-kata hikmahnya ku semat dalam sanubariku untuk dijadikan pedoman dan pengajaran.Mungkin sesetengah orang memandang serong terhadap ketokohan beliau dan menafikan kealiman beliau(atas faktor politik agaknya).Namun bagiku memang beliau betul2 alim dan layak diberi gelaran sebagai Ulamak,bahkan penganugerahan terhadap beliau sebagai Tokoh Maalhijrah 1432 H peringkat Negeri Kelantan tempoh hari memang tepat pada masanya.Keperibadian tinggi beliau disukai ramai,bahkan menyenangkan hati rakyat kelantan ketika berurusan dengan Y.A.B.Bahkan pernah pada suatu ketika aku berurusan sendiri dengan beliau di pejabatnya di Kota Darul Naim.Bermula dari pintu pagar lagi sehinggalah terus ke pejabat beliau tanpa ade halangan,bahkan beliau sentiasa mengetepikan kepentingan diri sendiri demi kepentingan rakyat.Saban tahun berpuluh ribu ringgit beliau potong gaji untuk diberi kepada rakyat.Itulah ketokohan yang ada pada beliau.Memang tidak peliklah jika beliau melaksanakan kerja di hospital ketika sakit baru-baru ini.Semoga Allah memberi keberkatan dan juga lanjutkan usia Y.A.B.Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti