08 Februari, 2012

Kursus Penyembelihan Haiwan

Tuan Guru Mohd Aziz Bin Che Man (bekas Mudir Kuliah Pondok P.Tumboh menyampaikan ceramah cara2 untuk melakukan sembelih
Peserta kusyuk mendengar ceramah yang di sampaikan oleh Tuan Guru Mohd Aziz Bin Che Man
Ayam-ayam dan burung yang bakal di rebahkan
Aku mempraktikkan cara2 penyembelihan...pasnim yakin dah nak sembelih nim,tanpa perlu rasa was-was.
Makan bersama Al-Fadhil Tuan Guru Mohd Aziz Bin Che Man (Bekas Mudir Kuliah Pondok Pasir Tumboh)selepas mengadakan kursus sembelihan .

07 Februari, 2012

Kursus Integriti Gred -17

Baru2 nim 3 Februari 2012 aku di arah utk jadi urusetia kursus integriti bagi Kakitangan Gred -17 kakitangan awam bertempat di pondok moden jeli.Pada majlis tersebut disampaikan ceramah oleh Penolong Pengarah Integriti, SUK ..iaitu En.Wan Mohd Hazam Bin Wan HAssan dan juga Leftenen Kolonel Mejar Wan Madzlan Wan Abdullah KD KAGAT,Sultan Ismail Johor.Lepas majlis posing-posing dan bergambar kenangan...huhuhu

06 Februari, 2012

Sambutan Maulidurrasul S.A.W...apakah sekadar ikutan?

Tiap-tiap tahun kita lihat dimana-mana tempat semua orang menyambut peristiwa kelahiran Rasulallah S.A.W. Memang molek tp wajarkah kita hnya menyambut saja tanpa kita amal setiap perbuatan dan tingkah laku Rasullallah S.A.W? Bagaimana pulak dengan sunnah rasulallah? ajaran yg yg laen yg diterapkan oleh rasulallah? Saya teringat akan hadis rasulallah s.a.w yg bermaksud :'' Aku telah tinggalkan kepada kamu jika kamu berpegang kepada kedua-duanya maka kamu tidak akan sesat selama-salamanya yakni kitab allah (alquran) dan sunnah (hadis).s.a.w." justeru marilah kita sama-sama berjuang bukan semata-mata menyambut kelahiran junjungan Muhammad S.A.W sahaja tetapi kembali kepada Al-quran dan Hadis seperti mana hadis rasul lallah s.a.w.Selagi mana kita bergelar umat islam,maka wajar kita mengikutinya agar kita tidak menyimpang dari landasan yang sebenar waima berlainan fikrah sekalipon.

Cepatnya masa berlalu...

Pejam celik..pejam celik harinim rupenya dah masuk 6 februari 2012 bersamaan 13 Rabiual awwal 1433H.Sungguh cepat masa berlalu hinggakan takku sedari kini aku dah mencecah umor 31 .Mungkin bagi sesetengah orang mereka kata ah..baru 31 ,ini masa untuk enjoy pastu taubatla.Tapi bagi aku tidak sama sekali kerana itulah waktu yang sesuai digunakan untuk mengharungi kehidupan yang mendatang.Takkanla bila umur 50 baru nak bertaubat?yang pasti ajal maut tetap datang tanpa mengira umur dan juga masa seperti telah di sebut dalam ayat suci al-quran yang berbunyi :'' Apa bila datang ajal kepada kamu tidak akan diperlewat walau sesaat dan tidak akan di percepatkan". Betul....iyer ..dan sememangnya benar kerana telah terbukti di depan mata kerana yang hidup pasti akan mati tak kira tua ataupon muda.Tak kira kecik atau pon besar.Tak kira pangkat atau pon darjat.Setiap kita pasti merasai mati.Maka jalan yang terbaik disini ialah beramal untuk mati dan bersiap untuk di siapkan (di kafankan) kerana kita semua akan merasai alam barzakh."Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah naseb sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri" Ar'rad ayat 11

Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti