18 Februari, 2013

PERGINYA SEORANG PEJUANG...

14 FEBRUARI 2013 6.55 pagi ku lihat hanphone ku ada hampir 10 miscall dari nombor berlainan, aku cuba menelefon nombor yang last sekali pada pagi tersebut, namun 1 panggilan dari kawan perempuan dari UMK, Kampus Jeli bertanyakan berita tentang pemergian Arwah pada pagi itu..aku terpinga-pinga dan terkedu diam seketika terkejut tanpa sepatah kata...lalu aku mendail nombor arwah dan aku agak terkejut bila adik arwah yang angkat telefon tersebut dan menyatakan yg arwah telah pergi selama-lamanya....tetiba hatiku terus sebak di ulik perasaan sedik, almaklumlah arwah amat rapat denganku dan antara kami tiada rahsia dan setiap masalah kami kongsi bersama-sama begitu juga ketika sama-sama bekerja, beliau amat rapat denganku dan kawan2 sekitar hinggakan kebanyakan pekerja disini amat menyenanginya.Walaupon beliau telah berpindah dari kota ke kampus cawangan namun beliau sentiasa menghubungiku....keakrabanku dengannya umpama seorang adik dengan abang....selepas aku selesai mandi pada pagi tersebut aku menelefon sahabatku Ust Ben lantas mengajaknya pergi menziarahi jenazah arwah yg telah dibawa pulang ke rumah secepat mungkin dan kami bersepakat untuk berada disana sehinggalah selesai jenazah allahyarham dikebumikan kerana kami fikir inilah khidmat yang terakhir kami untuk berbakti kepadanya...walau dalam keadaan bertongkat akhirnya aku sampai dihadapan rumah arwah dengan menaiki kereta Ust Ben dan sesampai dirumah arwah kelihatan beberapa kawan dari tempat kerja memberi penghormatan terakhir buatnya....aku terus melangkah demi langkah dan sampailah aku dihadapan sekujur tubuh yang kaku sudah tidak bernyawa dihadapanku, aku menatap kali terakhir wajah allahyarham dan ketika itu tetiba perasaan sebak dalam diriku tidak dapat dibendung lagi, airmataku mengalir deras umpama air terjun di stong hill....tangisan esakku menarik perhatian ramai yg datang memberi penghormatan kali terakhir kepada arwah...ah...peduli apa aku....yang penting aku bukan menangis ketawa tetapi tangisan aku kerana kehilangannya cukup dirasai oleh semua apatah lagi aku dan juga keluarga yang betul-betul rapat dengan arwah. Ramai yang taktau bahawa arwah adalah seorang insan yang amat diperlukan oleh keluarganya kerana arwah adalah anak sulong dan harapan dalam keluarga...kini segala-galanya dah berubah, keluarganya telah hilang tempat bergantung...cukup besar jasanya pada keluarga, masyarakat dan rakan-rakan....walau apepon yang pergi tetap pergi juga ..itulah ketentuan ILAHI...hanya doa dan al-fatihah mengiringinya......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti