02 Julai, 2013

TAKDIR BUATKu

Tanggal 25 november 2012 telah merubah segala-galanya buatku, siapa duga sebenarnya tetapi sesungguhnya Allah maha berkuasa di atas setiap sesuatu kerana pada hari tersebutlah menyebabkan aku terlantar selama hampir 6 bulan di rumah akibat keretakan pada tulang belakangku akibat terjatuh kerana terkejut akan kucing yg terjun di atas bumbung rumah ketika itu. Aku masih ingat lagi ketika aku tersedar dari tidur pada ketika itu jam 3.25 pagi untuk kencing, selepas kencing aku terjatuh namun aku dapat bangub seperti biasa hinggalah selepas sebulan berlalu aku terasa pedih yang teramat sangat lalu aku ke hospital dan buat x-ray dan doktor mengatakan tulang belakang aku patah...mulai saat itu aku terlantar serta tidur secara duduk hampir 4 bulan kerana kesakitan yang teramat sangat pada kepatahan tulang belakang yg aku alami pon begitu sebagai jalan ikhtiar aku berurut dengan beberapa tukang urut termasuklah poksu noh dan juga ustaz wi namun mungkin sebab @ hikmah Allah taala nak tunjukkan kepadaku aku semakin kritikal kerana aku bukan sahaja tak boleh berdiri tetapi juga tak boleh duduk hinggakan seakan-akan lumpuh...lantaran itu pada 14 april 2012 aku sekali lagi ke hospital raja perempuan zainab II kota bharu sebagai jalan ikhtiar dan doktor mengesahkan aku di jangkiti kuman tibi di tulang belakangku @tibi spine...alhamdulillah selepas treathment dan rawatan perubatan oleh pakar kini aku dapat berjalan walaupon bertongkat....sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya....wallahhu aklam

Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti