11 Ogos, 2020

Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti

23 Disember, 2016

05 Januari, 2016

JOM ORDER GC TEA...

JOMM WHATSAPP 01125445466

KEHEBATAN GC TEA PENGAWAL DIABETIS

GC Tea merupakan produk utama yang di keluarkan oleh syarikat Rashwealth Group Sdn Bhd. Ia mempunyai 6 herba terpilih yang sangat bagus untuk mereka yang menghadapi masalah Kencing Manis, Darah Tinggi & mereka yang menghadapi masalah berat badan yang berlebihan ( obesiti ). Statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) pada tahun 2013, seramai 5.4 juta rakyat Malaysia mengidap penyakit Kencing Manis ( Diabetes ). Ia adalah angka yang sangat membimbangkan. Ia berlaku di sebabkan oleh cara hidap makanan rakyat Malaysia. Syarikat Rashwealth Group Sdn Bhd sangat prihatin akan statistik di atas dan ia adalah angka yang sangat membimbingkan. Dengan itu keluarlah GC Tea ( Glucos Cut Tea ) yang sangat bagus untuk di amalkan setiap hari untuk mencegah penyakit2 yang menyumbang sakit kronik. 6 herba terpilih yang terdapat di dalam GC Tea iaitu :- Green Tea Daun Gymnemma Daun Stevia Daun Pudina Daun Rooibus Daun Mulberry Setiap 6 herba di atas mempunyai fungsi yang berbeza-beza dan ia di satukan dalam satu uncang untuk menghasilkan kesan yang sangat bagus kepada mereka yang mengamalkannya setiap hari. Kelebihan GC Tea :- Mengelakkan pengambilan gula secara berlebihan. Mengurangkan risiko kepada diabetes. Mengawal tahap glucosa di dalam darah. Mengawal berat badan Mengurangkan risiko kepada penyakit kronik. 6 Kandungan herba yang ada dalam GC Tea mendapat perhatian oleh Dr Norman Mohd Norawi ( Pakar Estetik & Anti Penuaan ) dalam buku beliau “Gula Racun Putih“. bukudrnorman Menurut beliau, salah satu cara untuk mengurangkan kadar gula dalam pemakanan harian kita ialah dengan mengambil GC Tea. Kadunga GC Tea seperti daun Gymnemma sangat membantu untuk mengelakkan kadar glucos & karbohidrat meresap secara berlebihan ke dalam darah. Ini adalah cara paling mudah untuk mereka yang ingin mengawal kadar gula dalam darah bagi mereka yang ada penyakita Diabetes. Kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan pula, pengambilan GC Tea sangat membantu. Di campur lagi dengan kandungan Green Tea yang memang bagus untuk menstabilkan kadar metabolisme badan seseorang yang mempunyai masalah lbih berat badan ( Obess ). GC Tea telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan pendaftaran bernombor KKM 12054/05/093 dan ia adalah HALAL dan selamat untuk di minum. Menurut Dr Norman lagi pengambilan GC Tea yang konsisten akan mengurangkan penyakit yang berisiko tinggi seperti Barah, Sakit Jantung & Sakit Buah Pinggang. Rata-rata pesakit yang tidak mengawal pengambilan gula akan terdedah dengan penyakit-penyakit ini. Oleh itu, amalkan lah meminum GC Tea setiap hari. Kempen 1 Rumah 1 GC Tea sangat bagus untuk kehidupan yang sihat dan bebas dari “Gula Racun Putih” ================================================ Cara -Cara Minum GC Tea ( Pesakit Diabetes ). Satu uncang boleh di rendam sebanyak 3 kali ( Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam ). Rendam uncang GC Tea ke dalam air panas dengan 200ml air panas. Biarkan warna menjadi perang. Minum selepas Sarapan pagi / Makan Tengahari / Makan Malam. Amalkan setiap hari. AWAS !!! Kemungkinan sesetangah orang akan merasa Pening, Angin, Buang Air Kecil kerap dan cirit. Ia adalah proses pembuangan TOKSID di dalam badan. Teruskan minum GC Tea untuk empoh 7 hari. Anda akan merasai perbezaannya dengan keadaan badan anda bertambah ringan & bertenaga rujuk : http://rashwealth.net/index.php/produk/gc-tea/

19 Disember, 2014

PUTERI BABA...

Alhamdulillah selepas genap 10 tahun perkahwinanku bersama sidia akhirnya Allah memakbulkan juga akhirnya doa kami dan kami telah dikurniakan seorang cahayamata puteri yang diberi nama Nor Awatif Binti Khairudin. Semoga dengan terlahirnya zuriat ini agar menjadi penyejuk hati buat ayah dan bondanya...walaupon ayah dam bonda telahpon berpisah, tetapi diharapkan dengan kehadiran Nor Awatif dan menyatukan hati kami yang telah terlerai dan roboh.

10 Disember, 2014

HARI KELUARGA PAKDA AWANG 2014

6 DISEMBER 2014.Menyusun langkah merapatkan jurang yang telah sekian lama terlerai..........perhimpunan 6 generasi keluarga pakda awang 2014,disini sejarah tercipta.....seramai lebih kurang 1000 orang tetamu hadir yang terdiri dari anak beranak dan warga kampung untuk bersama menautkan ukhuwwah pada hari ini.

02 Julai, 2013

TAKDIR BUATKu

Tanggal 25 november 2012 telah merubah segala-galanya buatku, siapa duga sebenarnya tetapi sesungguhnya Allah maha berkuasa di atas setiap sesuatu kerana pada hari tersebutlah menyebabkan aku terlantar selama hampir 6 bulan di rumah akibat keretakan pada tulang belakangku akibat terjatuh kerana terkejut akan kucing yg terjun di atas bumbung rumah ketika itu. Aku masih ingat lagi ketika aku tersedar dari tidur pada ketika itu jam 3.25 pagi untuk kencing, selepas kencing aku terjatuh namun aku dapat bangub seperti biasa hinggalah selepas sebulan berlalu aku terasa pedih yang teramat sangat lalu aku ke hospital dan buat x-ray dan doktor mengatakan tulang belakang aku patah...mulai saat itu aku terlantar serta tidur secara duduk hampir 4 bulan kerana kesakitan yang teramat sangat pada kepatahan tulang belakang yg aku alami pon begitu sebagai jalan ikhtiar aku berurut dengan beberapa tukang urut termasuklah poksu noh dan juga ustaz wi namun mungkin sebab @ hikmah Allah taala nak tunjukkan kepadaku aku semakin kritikal kerana aku bukan sahaja tak boleh berdiri tetapi juga tak boleh duduk hinggakan seakan-akan lumpuh...lantaran itu pada 14 april 2012 aku sekali lagi ke hospital raja perempuan zainab II kota bharu sebagai jalan ikhtiar dan doktor mengesahkan aku di jangkiti kuman tibi di tulang belakangku @tibi spine...alhamdulillah selepas treathment dan rawatan perubatan oleh pakar kini aku dapat berjalan walaupon bertongkat....sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya....wallahhu aklam

18 Februari, 2013

PERGINYA SEORANG PEJUANG...

14 FEBRUARI 2013 6.55 pagi ku lihat hanphone ku ada hampir 10 miscall dari nombor berlainan, aku cuba menelefon nombor yang last sekali pada pagi tersebut, namun 1 panggilan dari kawan perempuan dari UMK, Kampus Jeli bertanyakan berita tentang pemergian Arwah pada pagi itu..aku terpinga-pinga dan terkedu diam seketika terkejut tanpa sepatah kata...lalu aku mendail nombor arwah dan aku agak terkejut bila adik arwah yang angkat telefon tersebut dan menyatakan yg arwah telah pergi selama-lamanya....tetiba hatiku terus sebak di ulik perasaan sedik, almaklumlah arwah amat rapat denganku dan antara kami tiada rahsia dan setiap masalah kami kongsi bersama-sama begitu juga ketika sama-sama bekerja, beliau amat rapat denganku dan kawan2 sekitar hinggakan kebanyakan pekerja disini amat menyenanginya.Walaupon beliau telah berpindah dari kota ke kampus cawangan namun beliau sentiasa menghubungiku....keakrabanku dengannya umpama seorang adik dengan abang....selepas aku selesai mandi pada pagi tersebut aku menelefon sahabatku Ust Ben lantas mengajaknya pergi menziarahi jenazah arwah yg telah dibawa pulang ke rumah secepat mungkin dan kami bersepakat untuk berada disana sehinggalah selesai jenazah allahyarham dikebumikan kerana kami fikir inilah khidmat yang terakhir kami untuk berbakti kepadanya...walau dalam keadaan bertongkat akhirnya aku sampai dihadapan rumah arwah dengan menaiki kereta Ust Ben dan sesampai dirumah arwah kelihatan beberapa kawan dari tempat kerja memberi penghormatan terakhir buatnya....aku terus melangkah demi langkah dan sampailah aku dihadapan sekujur tubuh yang kaku sudah tidak bernyawa dihadapanku, aku menatap kali terakhir wajah allahyarham dan ketika itu tetiba perasaan sebak dalam diriku tidak dapat dibendung lagi, airmataku mengalir deras umpama air terjun di stong hill....tangisan esakku menarik perhatian ramai yg datang memberi penghormatan kali terakhir kepada arwah...ah...peduli apa aku....yang penting aku bukan menangis ketawa tetapi tangisan aku kerana kehilangannya cukup dirasai oleh semua apatah lagi aku dan juga keluarga yang betul-betul rapat dengan arwah. Ramai yang taktau bahawa arwah adalah seorang insan yang amat diperlukan oleh keluarganya kerana arwah adalah anak sulong dan harapan dalam keluarga...kini segala-galanya dah berubah, keluarganya telah hilang tempat bergantung...cukup besar jasanya pada keluarga, masyarakat dan rakan-rakan....walau apepon yang pergi tetap pergi juga ..itulah ketentuan ILAHI...hanya doa dan al-fatihah mengiringinya......

08 Februari, 2012

Kursus Penyembelihan Haiwan

Tuan Guru Mohd Aziz Bin Che Man (bekas Mudir Kuliah Pondok P.Tumboh menyampaikan ceramah cara2 untuk melakukan sembelih
Peserta kusyuk mendengar ceramah yang di sampaikan oleh Tuan Guru Mohd Aziz Bin Che Man
Ayam-ayam dan burung yang bakal di rebahkan
Aku mempraktikkan cara2 penyembelihan...pasnim yakin dah nak sembelih nim,tanpa perlu rasa was-was.
Makan bersama Al-Fadhil Tuan Guru Mohd Aziz Bin Che Man (Bekas Mudir Kuliah Pondok Pasir Tumboh)selepas mengadakan kursus sembelihan .

07 Februari, 2012

Kursus Integriti Gred -17

Baru2 nim 3 Februari 2012 aku di arah utk jadi urusetia kursus integriti bagi Kakitangan Gred -17 kakitangan awam bertempat di pondok moden jeli.Pada majlis tersebut disampaikan ceramah oleh Penolong Pengarah Integriti, SUK ..iaitu En.Wan Mohd Hazam Bin Wan HAssan dan juga Leftenen Kolonel Mejar Wan Madzlan Wan Abdullah KD KAGAT,Sultan Ismail Johor.Lepas majlis posing-posing dan bergambar kenangan...huhuhu

06 Februari, 2012

Sambutan Maulidurrasul S.A.W...apakah sekadar ikutan?

Tiap-tiap tahun kita lihat dimana-mana tempat semua orang menyambut peristiwa kelahiran Rasulallah S.A.W. Memang molek tp wajarkah kita hnya menyambut saja tanpa kita amal setiap perbuatan dan tingkah laku Rasullallah S.A.W? Bagaimana pulak dengan sunnah rasulallah? ajaran yg yg laen yg diterapkan oleh rasulallah? Saya teringat akan hadis rasulallah s.a.w yg bermaksud :'' Aku telah tinggalkan kepada kamu jika kamu berpegang kepada kedua-duanya maka kamu tidak akan sesat selama-salamanya yakni kitab allah (alquran) dan sunnah (hadis).s.a.w." justeru marilah kita sama-sama berjuang bukan semata-mata menyambut kelahiran junjungan Muhammad S.A.W sahaja tetapi kembali kepada Al-quran dan Hadis seperti mana hadis rasul lallah s.a.w.Selagi mana kita bergelar umat islam,maka wajar kita mengikutinya agar kita tidak menyimpang dari landasan yang sebenar waima berlainan fikrah sekalipon.

Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti