31 Julai, 2010

Kenangan bergambar dgn Ular untuk kesekian kalinya...




15 jun 2010 :Firstime bergmbar dengan ular memang teruja dan menakutkan,yerlah bila memegangnya pun dh terasa geli apatah lagi bile di minta untuk merakamkan gambar dan juga buat aksi mencium ular.Rasa takut dan gerun memang tak dapat di elakkan tp memandangkan org lain semua buat mcm tu jd haritu aku ingin cuba jugak untuk memegang dan mencium ular tersebut yg masih hidup.Tp waktu tu memang aku kagum tgk isteri aku pegang ular ..memang tabik spring la...hahahaha

Selepas Negeri Sembilan ke Melaka pula.





15 Jun 2010 : Alhmdulillah setelah bermalam seharian di Johol dan menjenguk sanak saudara di Negeri Sembilan ,aku memandu kereta menuju ke Melaka Pula,kata org tua-tua jauh pemandangan banyak pengalamannya.Dari N9 dan sepnjang pemanduan ke Melaka agak kepenatan memandangkan malam sebelumnya tak cukup tidor,tmbahan pula jalan2,dan drive sorang-sorang.Walau agak kepenatan aku,tp bile tgk pemandangan dan keindahan alam sekeliling ketika itu,ternyata ia memuaskan.Ditepian jalan dari Tampin ke Ayer keroh kelihatan berlambak2 buah durian di jual di tepi jalan,sejuk mata aku bile tgk buah durian walaupun melelehair liur untuk merasai kenikmatan dan kehebatan raja durian itu.Sungguh tak sangka bile berkunjung ke Melaka rupa2nya dapat berjumpa dgn jiran sekampung yg bekerja sebagai guru di sana.Jadi perjalanan aku tidaklah membosankan ketika itu.Dengan panduan dan peta di tangan smbil di bca oleh isteri ku sebagai pemandu arah akhirnya aku smpai ke Negeri Melaka Bandayara Bersejarah.Inilah kali kedua aku menjejakkan kaki ke BUMI Melaka.Pada kali ni dptlah berjalan2 sekitar Melaka menikmati keindahan alam dan fauna dan juga kesan bersejarah di Melaka dgn mengunjungi KOTA A 'FAMOSa dan MUZIUM dan juga sekitarnya.Selain itu aku juga sempat merakamkan gambar dengan ular dan pemandangan di sekitarnya.

Dari PWTC ke Negeri Sembilan




14 jun 2010 :Selepas selesai jer majlis konvokesyen isteriku yg berakhir pada pukul 1 ketika itu,kami pun bertolak menuju ke Negeri Sembilan,walau kepenatan namun kami tetap meneruskan perjalanan kerana ingin menjenguk tokwan dan juga wan di Kepis ,dan makngah di Kg.Simat Johol.Alhmdulillah kesemua mereka sihat sejahtera sewaktu kunjungan kami kerumahnya.Dari riak wajahnya mereka jelas gembira dgn kehadiran tetamu yg tidak di undang ini..huhuhuhu.Sambil itu aku sempat berkunjung ke pusara kedua arwah mertuaku dan menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah kedua2 mertua ku mudah2an mereka tergolong di kalangan org2 yang beriman .

Konvokesyen Isteri Tercinta



13 Jun 2010 :Aku menghadiri majlis konvokesyen isteriku di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),jd inilah gambar yg aku sempat posing pada hr tersebut.Walaupun penat memandu kenderaan jauh dari Kelantan ke Kuala Lumpur namun ianya agak berbaloi sungguhpun pada hari penyerahan jubah tersebut,sy selaku penjaga agak kesal dgn pihak penganjuran majlis tersebut yg betul2 mencabar emosi peserta konvokesyn ketika itu.

Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti