25 November, 2010

Lembu pun nak mandi RAYA jugak




Sebelum upacara penyembelihan di lakukan,lembu di mandikan,di berus,dan di bersihkan supaya nampak berseri dan penghormatan terakhir baginya sebelum upacara penyembelihan di buat.

KORBAN @ PENGORBANAN


Alhamdulilah kini dah hampir seminggu 10 Zulhijjah meninggalkan kita,sebagaimana sebelum2 sebelum nih,bile sebulan nak masuk 10 Zulhijjah ade yang berkobar2 tak sabar nak pergi buat haji,ade yang nak cari lembu untuk dikorbankan,tetapi di sebalik Ibadah korban tersebut mungkin ade diantara kita masih belum menghayati erti pengorbanan yang sebenar,yerlah ada satu kes perebutan daging korban,kerana daging yang di bahagi-bahagikan itu di katakan tidak adil,mana mungkin tk berebut sbb kaki lembu ade 4 batang je tp masing2 nakkkan kaki lembu tersebut.tak kurang juga yang ambil bahagian hanyalah semata-mata nak rai rakan2 tapi mereka ini tidak menghayati pengorbanan sebenar junjungan Nabi Ibrahim A.S .Sungguhpun begitu ade yang berebut2 untuk ke Mekah,dan ade jugak yang sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja untuk buat umrah di musim haji ini.Ala kullihal ianya telah berlalu .Kt Kampung aku ni ape kurangnya...walaupun sambutan tahun ni tak seberapa meriah seperti dulu2 namun ibadah korban ini tetap diteruskan jugak.

Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti