06 Februari, 2012
Sambutan Maulidurrasul S.A.W...apakah sekadar ikutan?
Tiap-tiap tahun kita lihat dimana-mana tempat semua orang menyambut peristiwa kelahiran Rasulallah S.A.W. Memang molek tp wajarkah kita hnya menyambut saja tanpa kita amal setiap perbuatan dan tingkah laku Rasullallah S.A.W? Bagaimana pulak dengan sunnah rasulallah? ajaran yg yg laen yg diterapkan oleh rasulallah? Saya teringat akan hadis rasulallah s.a.w yg bermaksud :'' Aku telah tinggalkan kepada kamu jika kamu berpegang kepada kedua-duanya maka kamu tidak akan sesat selama-salamanya yakni kitab allah (alquran) dan sunnah (hadis).s.a.w." justeru marilah kita sama-sama berjuang bukan semata-mata menyambut kelahiran junjungan Muhammad S.A.W sahaja tetapi kembali kepada Al-quran dan Hadis seperti mana hadis rasul lallah s.a.w.Selagi mana kita bergelar umat islam,maka wajar kita mengikutinya agar kita tidak menyimpang dari landasan yang sebenar waima berlainan fikrah sekalipon.
Cepatnya masa berlalu...
Pejam celik..pejam celik harinim rupenya dah masuk 6 februari 2012 bersamaan 13 Rabiual awwal 1433H.Sungguh cepat masa berlalu hinggakan takku sedari kini aku dah mencecah umor 31 .Mungkin bagi sesetengah orang mereka kata ah..baru 31 ,ini masa untuk enjoy pastu taubatla.Tapi bagi aku tidak sama sekali kerana itulah waktu yang sesuai digunakan untuk mengharungi kehidupan yang mendatang.Takkanla bila umur 50 baru nak bertaubat?yang pasti ajal maut tetap datang tanpa mengira umur dan juga masa seperti telah di sebut dalam ayat suci al-quran yang berbunyi :'' Apa bila datang ajal kepada kamu tidak akan diperlewat walau sesaat dan tidak akan di percepatkan". Betul....iyer ..dan sememangnya benar kerana telah terbukti di depan mata kerana yang hidup pasti akan mati tak kira tua ataupon muda.Tak kira kecik atau pon besar.Tak kira pangkat atau pon darjat.Setiap kita pasti merasai mati.Maka jalan yang terbaik disini ialah beramal untuk mati dan bersiap untuk di siapkan (di kafankan) kerana kita semua akan merasai alam barzakh."Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah naseb sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri" Ar'rad ayat 11
Langgan:
Catatan (Atom)
Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti
-
Tuan Guru Mohd Aziz Bin Che Man (bekas Mudir Kuliah Pondok P.Tumboh menyampaikan ceramah cara2 untuk melakukan sembelih Peserta kusyuk m...
-
30 mac 2010 Kami buat kesyukuran untuk nenda,toknyeng...nyeng& nenyengg kebetulan sari sebelum tu,tuhan bagi rezki lebih sikit...antara ...