01 September, 2010
MAKAN COLEK BERSAMA KELUARGA DI PCB
Alhamdulillah tahun ni aku berkesempatan membawa ayah dan mek aku dan juga keluar bersama keluarga,ambik angin luar kato ore kelate,bukan ape sbb dah lama tk keluar ngn diorang so memandangkan masa pun free jadi bowok lah diorang gi makan colek @steamboat kt tepi pantai PCB sambil menghirup udara malam...
BERBUKA DI TEMPAT KERJA VS BERBUKA DI RUMAH
klu dibanding kan berbuka di rumah dan tempat kerja berbeza sakanla,dari segi kuih muih dan lauk pauk memang tak sah, klu kt rumah klu tak smpai 5 jenis lauk dan juga juadah tp kat tempt kerja memang 2 jenis juadah jer,nasi bungkus dan juga air......jadi rase seronok jugak kdg2 berbuka beramai2 makan dalam talam.Ikut sunnah lah katakan..klu makan kt rumah pakai main bedal je,lepas makan terus rase mengantuk cam ular sawo baru lepas telan lembu..huhuhu
PUASA TAHUN INI...
Alhamdulillah harini telah masuknya hari: 23 aku berpuasa,syukur tahun ini ku dpt menghadapinya dengan linang tanpa keletihan yang teruk berbanding tahun-tahun yang lepas,almaklumlah tahun-tahun lepas ku mengalami gastrik yg teruk,tp tahun ni ku kuatkan semangat ,walau terpaksa membahagikan masa antara tugas sebagai suami dan menjadi suri di dapur.Seperti pasangan lain kami juga ade komitmen masing-masing,so terpaksa lah bahagikan tugas contohnya siapkan juadah berbuka aku lakukan sendiri@masak @beli kat kedai,manakala untuk juadah sahur si dia yang sediakan.so memang adil lah macam tu...huhu .Puasa tahun ni berbeza dgn tahun lepas sbb sepanjang tahun lepas isteri ku tak bekerja so dia lah yg masak,aku pulak bekerja dari pagi smpai malam ,komitmen terhadap tugasan untuk mendapatkan pembekal juadah berbuka untuk program ihya,dan juga bersahur.Dan tahun ni alhmdulillah ibadatku pun rasa berlainan sikit cam bertambah la jika dibanding tahun2 lepas, waktu terawih pulak byk di habiskan di surau UMK je,thn lepas ade gak aku gi surau-surau dan masjid tp tahun ni sbb komitmen byk so terpaksa tumpukan pada 1 tempat je untuk aku buat ibadah sunat terawih.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1431H
11 Ogos 2010 :Alhamdulillah pengumuman yg telah di buat oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja maka Umat Islam di Seluruh Malaysia di wajibkan berpuasa,mudah-mudahan puasa tahun ini beroleh keberkatan dan rahmat yang tidak terhingga dari Allah S.W.T.Tahun ini alhmdulillah nikmat puasa dtg berganda walaupun aku tak bertugas di UMK pada sebelah malamnya namun tugas ku sebagai hamba Allah tetap terlaksana.SELAMAT BERPUASA BUAT KAUM MUSLIMIN DI MALAYSIA
MAJLIS PERPISAHAN KETUA JABATAN
28 Julai 2010 ;Detik perpisahan Ketua jabatan tempatku bekerja, perpisahan ni disebabkan bos aku terpaksa sambung belajar...alhmdulillah kami adakan sedikit majlis perpisahan buatnya di rumah transit UniPeN dan kami juga di raikan di Pizza Hut ,Pengkalan Chepa...berikut ialah gambar ketika majlis perpisahan tersebut
Langgan:
Catatan (Atom)
Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti
-
Tuan Guru Mohd Aziz Bin Che Man (bekas Mudir Kuliah Pondok P.Tumboh menyampaikan ceramah cara2 untuk melakukan sembelih Peserta kusyuk m...
-
30 mac 2010 Kami buat kesyukuran untuk nenda,toknyeng...nyeng& nenyengg kebetulan sari sebelum tu,tuhan bagi rezki lebih sikit...antara ...