17 Disember, 2010

PRU oh PRU



PRU ke -13...itulah kata-kata@kecek2 yang aku dengar di kedai-kedai kopi dalam sehari dua ini.Kemungkinan berlakunya pilihanraya umum ke-13 dalam masa terdekat kini menjadi teka-teki antara pemimpin dan juga pimpinan parti-parti politik tanah-air.Mungkin betul ramalan yang ianya akan berlaku dalam musim cuti sekolah mac ini?segala kemungkinan bakal berlaku.Apatah lagi dengan penggantungan Ahli MP pembangkang yang heboh di perkatakan dalm Televisyen @dada akhbar dalam sehari dua ini.Bahkan dengan penjenamaan semula parti politik AKIM kepada KITA dengan perlantikan presiden baru Dato'Zaid Ibrahim dalam sehari dua ni.Tp adakah pilihanraya ini bakal merubah senario politik tanah air sebagaimana telah berlaku dalam Era-Pemerintahan YAB Tun Abdullah bin Ahmad Badawi.Mungkinkah ianya menjadi tempat untuk rakyat meluahkan perasaan ekoran kenaikan minyak dan beberapa barangan asasi beberapa minggu lepas yang rata-rata menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat marhein.Iyer mungkin betul,walaupun kenaikan minyak antara 0.05 sen sahaja per-liter namun ianya akan memberi kesan yang mendalam kepada rakyat kerana ianya adalah faktor dan penyebab melonjaknya barangan lain yang di angkut menggunakan kenderaan yang menggunakan petrol.Di tambah pula penguatkuasaan yang lemah oleh pihak berkuasa berkaitan untuk mengekang kenaikan harga barangan yang lain.Dalam soal ini penulis berpendapat,memang wajar rakyat melepaskan geram tersebut kerana mereka yang menjadi mangsa,dan terhimpit dalam keadaan kesusahan yang di tanggungi tersebut.Walhal sebelum ini ada jaminan dari seorang menteri yang memberi jaminan bahawa minyak takkan dinaikan sebelum tahun hadapan akan tetapi belum pun masuk 2011 ,minyak melonjak 2 mata .Jelaslah disini berlaku pembohongan terhadap kepercayaan rakyat selama ini.Impian punya impian...yang diharapkan rupanya tinggal kenangan.

Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti