31 Julai, 2010
Kenangan bergambar dgn Ular untuk kesekian kalinya...
15 jun 2010 :Firstime bergmbar dengan ular memang teruja dan menakutkan,yerlah bila memegangnya pun dh terasa geli apatah lagi bile di minta untuk merakamkan gambar dan juga buat aksi mencium ular.Rasa takut dan gerun memang tak dapat di elakkan tp memandangkan org lain semua buat mcm tu jd haritu aku ingin cuba jugak untuk memegang dan mencium ular tersebut yg masih hidup.Tp waktu tu memang aku kagum tgk isteri aku pegang ular ..memang tabik spring la...hahahaha
Selepas Negeri Sembilan ke Melaka pula.
15 Jun 2010 : Alhmdulillah setelah bermalam seharian di Johol dan menjenguk sanak saudara di Negeri Sembilan ,aku memandu kereta menuju ke Melaka Pula,kata org tua-tua jauh pemandangan banyak pengalamannya.Dari N9 dan sepnjang pemanduan ke Melaka agak kepenatan memandangkan malam sebelumnya tak cukup tidor,tmbahan pula jalan2,dan drive sorang-sorang.Walau agak kepenatan aku,tp bile tgk pemandangan dan keindahan alam sekeliling ketika itu,ternyata ia memuaskan.Ditepian jalan dari Tampin ke Ayer keroh kelihatan berlambak2 buah durian di jual di tepi jalan,sejuk mata aku bile tgk buah durian walaupun melelehair liur untuk merasai kenikmatan dan kehebatan raja durian itu.Sungguh tak sangka bile berkunjung ke Melaka rupa2nya dapat berjumpa dgn jiran sekampung yg bekerja sebagai guru di sana.Jadi perjalanan aku tidaklah membosankan ketika itu.Dengan panduan dan peta di tangan smbil di bca oleh isteri ku sebagai pemandu arah akhirnya aku smpai ke Negeri Melaka Bandayara Bersejarah.Inilah kali kedua aku menjejakkan kaki ke BUMI Melaka.Pada kali ni dptlah berjalan2 sekitar Melaka menikmati keindahan alam dan fauna dan juga kesan bersejarah di Melaka dgn mengunjungi KOTA A 'FAMOSa dan MUZIUM dan juga sekitarnya.Selain itu aku juga sempat merakamkan gambar dengan ular dan pemandangan di sekitarnya.
Dari PWTC ke Negeri Sembilan
14 jun 2010 :Selepas selesai jer majlis konvokesyen isteriku yg berakhir pada pukul 1 ketika itu,kami pun bertolak menuju ke Negeri Sembilan,walau kepenatan namun kami tetap meneruskan perjalanan kerana ingin menjenguk tokwan dan juga wan di Kepis ,dan makngah di Kg.Simat Johol.Alhmdulillah kesemua mereka sihat sejahtera sewaktu kunjungan kami kerumahnya.Dari riak wajahnya mereka jelas gembira dgn kehadiran tetamu yg tidak di undang ini..huhuhuhu.Sambil itu aku sempat berkunjung ke pusara kedua arwah mertuaku dan menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah kedua2 mertua ku mudah2an mereka tergolong di kalangan org2 yang beriman .
Konvokesyen Isteri Tercinta
13 Jun 2010 :Aku menghadiri majlis konvokesyen isteriku di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),jd inilah gambar yg aku sempat posing pada hr tersebut.Walaupun penat memandu kenderaan jauh dari Kelantan ke Kuala Lumpur namun ianya agak berbaloi sungguhpun pada hari penyerahan jubah tersebut,sy selaku penjaga agak kesal dgn pihak penganjuran majlis tersebut yg betul2 mencabar emosi peserta konvokesyn ketika itu.
17 Julai, 2010
Memori Silam
Pagi ni bile buka facebook,ku terkedu bile tgk byk mesej masuk kt inbox aku,79 unread messeg,ade yg iklan ade yg minta pendapat agama dan tak kurang juga mintak nombor telefon,yer saing2 lah katakan,dah lama tk ketemu,bile belek2 inbox tertarik kat fhoto ade seorang kawan tagging (ustaz Khuseini) bekas kawan lamaku,opss kawan lama yg same2 menuntut di bumi anbiak sewaktu dahulu,betullah kata nenek moyang aku suatu hari nanti kotak pun boleh berjalan kesana kesini (merujuk pada laptop&jugak komputer)maka benarlah ckp mereka selama nih,Sungguh indah kenangan semalam terasa seakan2 masa baru je beredar beberapa saat meninggalkan kami,kini baru aku tahu betapa pentingnya menghargai masa....
11 Julai, 2010
SALAHKAH HIBURAN DALAM ISLAM???
Dewasa ini, kita lihat kebanyakan masyarakat sukakan hiburan,tidak kira warna kulit,rambut,wajah keturunan,bahkan ianya tidak mengenal darjat dan peringkat umor.Sungguh indahnya Islam, agama yang diwarisi oleh nenek moyang kita@bagi yang baru memeluk Islam sebenarnya Islam itu bukanlah sekadar seseorang itu pandai mengucapkan kalimah syahadat sahaj,bersolat,menjaga pergaulan, dan juga syahsiah akan tetapi Islam merangkumi segenap penjuru dan juga aspek kehidupan manusia.Sebab itulah telah disebut dalam satu hadis yang berbunyi : ’’ Al-islamun Hual Ha’alun” yang membawa kepada pengertian “ islam itu merangkupi segala keadaan” maka jelaslah disini bahawasanya Islam itu bukanlah hanya sekadar menunaikan kewajipan sebagai muslim dengan sekadar beribadat sahaj akan tetapi dari segenap aspek termasuk juga dalam bab hiburan sebagaimana tajuk yang saya sebutkan diatas.Dalam soal hiburan maka tidaklah menjadi kesalahan bagi umat Islam amnya untuk mencari ketenangan dengan berhibur,berseronok dan mendengar muzik akan tetapi berpada-padalah dengan tidak melanggari batasan yang telah ditentukan oleh syariat sebagaimana telah disebut oleh kebanyakan para-para ulamak “bahkan suatu hari nanti akan tiba bahawasanya ada satu golongan umat manusia akan melampaui batasan dengan hiburan-hiburan yang melalaikan.Justeru itu, kalau kita amati dan perhatikan secara dasarnya Islam itu mengharuskan hiburan bahkan tidak menghalang ummatnya untuk berhibur kerana ianya adalah sebagai sebahagian Fitrah semula jadi kehidupan manusia yang sukakan akan hiburan,Ini bersandarkan kepada hadis Rasulullah S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahhu Anha yang bermaksud : ’’ “Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)
Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan juga oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya : ’’bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian . Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).
Dalam membincang isu ini, Di Malaysia khususnya kerajaan Malaysai melalaui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:antaranya senikata mestilah baik ,tidak lucah ,tak biadap dan tidak mendorong kepada kemaksiatan seperti percampuran antara lelaki dan perempuan selagimana ianya tidak membawa kepada fitnah maka hiburan itu adalah harus bahkan jikah nyanyian senikata menyalahi perkara berikut seperti percampuran lelaki dan perempuan yang boleh membawa kepada fitnah maka hukumnya berubah menjadi haram.Maka jelaslah di sini bahawa hiburan tidak menjadi suatu kesalahan jika sekiranya ianya tidak melangkaui batasan-batasan yg telah ditetapkan oleh syarak.
Rujuk. http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3710.
Kalau kita kembali merujuk kepada keperluan hiburan sebenarnya pada asasnya hiburan itu tidaklah dilarang oleh Islam, asalkan memenuhi kriteria yang digariskan oleh ilmuan Islam. Pada zaman Nabi s.a.w pernah Aishah r.a. menjemput kanak-kanak perempuan (jariah) bermain bunyi-bunyian di samping menyanyi dengan Nabi sendiri berada sama dalam majlis itu. Sedang mereka berhibur dan menyanyi Abu Bakar as-Siddiq kebetulan kerkunjung ke rumah Nabi ketika itu, tiba-tiba mengherdik mereka yang menyanyi dan bermain-main alat bunyian (mungkin ketika itu Abu Bakar tidak sedar Nabi ada sama). Lalu Nabi s.a.w menegur Abu Bakar dengan mafhum sabdanya: "Tidak mengapa, biarlah mereka bermain hai Abu Bakar, kerana hari ini adalah hari raya." Yang jelasnya hiburan dibenarkan oleh syarak, akan tetapi hiburan yang berlaku hari ini, tidak seperti yang disebutkan Nabi s.a.w di atas. Hiburan yang berlaku di rumah Nabi s.a.w. ketika itu amat sederhana, tidak melampau dan tidak ada unsur-unsur yang bercanggah dengan hukum Allah SWT.Hiburan di negara kita hari ini bukan seperti itu. Hiburan sempena hari raya contohnya mementingkan nilai estetika yang melampau. Mereka memaparkan kecantikan wanita lebih daripada sepatutnya, berpakaian, menari dengan lagu-lagu pula yang hit-hit sahaja. Bahkan juga sesetengah pihak tidak menghormati azan ketika azan berkumandang yang nyata ini telah terpesong dari hiburan yang diharuskan oleh islam yang sebenarnya.Yang nyatanya, hiburan-hiburan ini melalaikan. Itulah yang lebih diutamakan. Inilah yang akan membawa kepada perlanggaran hukum syarak, yang sepatutnya tidak patut berlaku sedemikian. Seandainya hiburan hari ini, khususnya pada hari raya, dijuruskan kepada pemujian Allah SWT, menghayati tuntutan Islam berhari raya, mensyukuri dan menzahirkan nikmat Allah yang tidak melampau, mengingatkan manusia agar jangan sampai melanggar hukum Allah, mengingatkan kepada nikmat Allah wajib disyukuri dengan membanyakkan kerja-kerja taat, maka jadilah hiburan itu sesuatu yang bermanfaat. Kalau tidak ianya akan berubah menjadi 'niqmah' iaitu kemurkaan Allah. Apa yang berlaku sekarang dalam hiburan sebagai contoh, yang mengambil bahagian sama ada lelaki dan perempuan, termasuk pengunjung-pengunjung rumah terbuka bebas bersalam-salaman antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram. Ini adalah sesuatu yang jelas dilarang. Jika itulah yang diamalkan tatkala hiburan maka jelas ianya bertentangan dengan kehendak syarak.
Oleh itu perlu diperbetulkan semua amalan ini demi mendapat reda Allah. Yang baik itu dari Allah yang buruk itu dari kesalahan saya sendiri ..sekian terima kasih.Wallahua'lam.
Rujuk:
1. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran , Syeikh Abdullah bin Mohamad Basmeih, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
2. Al-Halal wa al- Haram fi al-Islam, Syeikh Yusuf al-Qardhawi, al-Maktab al-Islami, Cetakan ke-15, Beirut 1994.
3. Garis Panduan Muzik, Nyanyian dan Seni Menurut Pandangan Islam , Bahagian Penyelidikan, JAKIM.
4. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981.

Langgan:
Catatan (Atom)
Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti
-
Tuan Guru Mohd Aziz Bin Che Man (bekas Mudir Kuliah Pondok P.Tumboh menyampaikan ceramah cara2 untuk melakukan sembelih Peserta kusyuk m...
-
30 mac 2010 Kami buat kesyukuran untuk nenda,toknyeng...nyeng& nenyengg kebetulan sari sebelum tu,tuhan bagi rezki lebih sikit...antara ...