17 Mei, 2011

Fahaman pluralisme, Islam liberal menyimpang

IPOH 17 Mei - Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang berakhir hari ini sepakat meluluskan resolusi yang menegaskan bahawa aliran pemikiran Islam liberal dan pluralisme agama sebagai terkeluar daripada Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebarang penyebaran fahaman tersebut tidak seharusnya dibenarkan di kalangan ummah kerana umat Islam wajib bersifat eksklusif dan haram mencampuradukkan akidah serta ibadah Islam dengan agama lain.

"Dalam al-Quran itu sendiri pun telah mengatakan bahawa agama yang diterima Allah ialah Islam, tetapi itu tidak bermakna kita bermusuh dengan agama lain.

"Liberalisme misalnya mengatakan bahawa wahyu itu boleh ditafsir semula. Itu tidak boleh diterima kerana wahyu itu adalah daripada Allah.

"Yang kedua, tidak ada dalam ayat dalam al-Quran yang dipanggil tidak relevan, sebagaimana didakwa oleh golongan liberal yang berpegang kepada pendapat kemanusiaan. Mereka mengatakan hukum hudud sebagai tidak berperikemanusiaan walhal ia sebenarnya bertujuan untuk pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penutup Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Majlis yang diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Terdahulu, sewaktu merumuskan muzakarah tersebut, Harussani berkata, satu komuniti khusus perlu ditubuhkan untuk menyelidik serta menjawab kembali secara serius segala hujah aliran pemikiran songsang dan sesat di negara ini agar tidak tersebar di kalangan masyarakat.

Menurut beliau, gerakan dakwah Islam tersebut perlu menggunakan metodologi yang lebih segar dan semasa dalam memberikan pemahaman tepat dan benar agar mudah diterima pelbagai lapisan masyarakat Islam mahupun bukan Islam.

"Pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu prihatin dan selektif terhadap pembiayaan sesebuah yayasan atau badan antarabangsa yang kadangkala menyalurkan fahaman serta aliran songsang kepada mereka," katanya.

Selain itu, beliau berkata, satu kerjasama antara majlis agama negeri dan Kolej Islam Darul Ridzuan perlu dijalankan bagi menjalankan satu kajian komprehensif terhadap pembetulan fakta-fakta sejarah Islam terutamanya melibatkan teks pengajian sekolah, kolej dan universiti

sumber : www.utusanonline.com.my

Bersama Ustaz Azhar Idrus

24 april bersamaan 2011M : JKK ajak pi dengar ceramah ustaz azhar,aku pun pergilah lgpun aku ni keh sorang peminat ustaz azhar,fuh ramai giler orang waktu tu,jem jalan bersusun sampai kb mall...walaupun jem akhirnya sampai jua ...kate orang tuo2 alang2 celup pekasam biar sampai ke lengan...begitulah aku alang2 drive biarlah jgn peduli trafik jem...so malam tu dptla aku tangkap beberapa keping gambang dengan ustaz azhar...ramah tul ustaz nih.lawaknya pun leh tahan gak...semoga Allah panjangkan umur beliau utk terus berdakwah..ameeen.


16 Mei, 2011

Selamat Hari Guru...

belek2 kalendar tgk rupanya hari ni dah 16 mei 2011..oh lupa pulak yg harini hari guru...so di kesempatan ini ambe nak amek kesempatan nak ucap selamat hari guru buat semua yg bergelar guru terutama adikku khairulzaman yg berada di Beluran,Sabah,kak iparku yg ngajar di SMK Panglima Raja,P.Mas dan juga rakan2 dan sahabtku yg bergelar guru..tibe2 teringat pulak kt cikgu aku,cikgu halim,cikgu sariah,ustaz sabri dan laen...yg banyak mendidik aku menjadi org berguna..best jugak weh jd anak murid..tp tkkan nak jadi kecik selama-lamanya kan?ala kullihal masa telah berlalu..jeng jeng jeng....SELAMAT HARI GURU..

12 April, 2011

Majlis memperingati maulidurrasul 1432H



Ceramah maulidurrasul 1432H di sampaikan oleh Tuan Guru Haji Fuad Bin Amran.(Pensyarah dari Pusat Pengajian Pondok ,Kandis)..best jugak ceramahnya..

Program Kami Prihatin




Forum sempena penganjuran program kami prihatin dalam usaha mengekang budaya pembuangan bayi,antara ahli panel yang hadir pada malam tersebut ialah Ustaz Suratemi Mat Yusof (kadi Jajahan Kota Bharu )dan Ustaz Saibon Ismail (Penolong Pengarah ,bahagian tarbiyah dan dakwah Jaheaik)

01 Februari, 2011

SOLAT DAN HIKMAHNYA YANG MUNGKIN KITA TIDAK SEDARI

Assalamualaikum w.r.b.t.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya diberi rahmat dan hidayah nur islam kepada saya untuk berkongsi artikel ini.Selawat dan salam ke atas junjungan Muhammad S.A.W penghulu sekalian Umat Islam.Sebut mengenai solat kebanyakan kita telah maklum bahawa ianya begitu sinonim dengan kehidupan masyarakat Islam dan Islam sendiri amat menitikberatkan Ummatnya untuk melakukan solat terutama solat fardhu 5 waktu sehari semalam.Namun ada di kalangan kita masih kurang jelas mengenainya, mungkin kerana tidak mempelajari, tak mengerti?malas mempelajari atau pun tidak mahu untuk mempelajarinya dan juga buat-buat tidak reti.Namun seharusnya kita bersyukur kerana telah di lahirkan dalam kelompok ummat Islam walaupun ada di kalangan kita tidak mahu berpegang kepada Islam ataupun berpegang semata-mata mewarisi dari nenek moyang ataupun beramal kerana malu jika di pandang orang.Namun itulah reality kehidupan yang berlaku pada masa kini.
Di ruangan ini izinkan saya mengupas sedikit berkenaan dengan solat, dan kaitannya dengan Islam.Kalau kita amati dan perhatikan bahawa solat itu mempunyai hikmah tersendiri yang mungkin kita tidak sedari.
Solat dari segi syara’ bererti: Perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir dan berakhir dengan salam . Jika kita rujuk dan teliti banyak dalil di sebut oleh ulamak2 terdahulu berkaitan wajibnya solat ini dan ianya terdapat di dalam Al-Quran, Hadis dan Ijma’ ulama’.
Dari Al-Quran terdapat banyak sekali ayat tentangnya, antaranya firman Allah swt: Maksudnya:” {Maka dirikanlah solat, dan tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali (agama) Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.} “ (Al-Hajj: 78).

Manakala dari hadis Rasulullah saw:

Maksudnya: “Islam itu dibina di atas lima rukun: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah Al-Haram bagi mereka yang mempunyai kemampuan untuk menunaikannya”. [HR Al-Bukhari:No. 8 dan Muslim:No. 16].

Dari ijma’ ulama’: Telah bersepakat seluruh ulama’ tentang kewajipan solat, bahawa ia adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima; yang mana Islam seorang itu tidak diterima tanpanya. [ Lihat: Majalah “Hazihi Sabili” bil: 5 1403H, ms: 276.]



Hukum SOLAT JAMAAH:
Di antara kesempurnaan solat itu ialah menunaikannya secara berjamaah sebagaimana amalan Rasulullah saw. Baginda saw sentiasa menunaikan solat secara berjamaah hatta ketika peperangan dan musafir, apatah lagi dalam keadaan biasa dan tidak bermusafir.
Antara hikmah pensyariatan solat berjamaah ialah?;

Disinilah Allah S.W.T hendak menunjukkan kepada kita tentang Keagungan Islam akan bangkit di atas dasar perkenalan sesama muslim, persaudaraan dan tolong menolong sesama mereka untuk menyatakan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.

Tidak ada lapangan yang lebih baik yang akan menyempurnakan perkenalan serta persaudaraan mereka, selain daripada lapangan masjid, iaitu orang-orang Islam dapat bertemu sesama mereka untuk mendirikan solat secara berjamaah sebanyak lima kali sehari.

Walaupun kepentingan dan kemaslahatan dunia boleh memecah-belahkan mereka dan mencetuskan perasaan hasad dengki sesama mereka, pertemuan secara berterusan dalam menunaikan solat secara berjamaah merupakan suatu formula yang boleh memecahkan tembok yang membeza dan memisahkan mereka serta menghilangkan hasad dengki dan segala penyakit daripada hati mereka.

Ini akan berlaku sekiranya mereka benar-benar beriman kepada Allah dan bukannya menjadi orang munafik yang menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan solat, ibadat dan pergi ke masjid. [Fiqh al-Manhaji 1/178]. Solat jamaah juga satu manifestasi kasih sayang, penyatuan dan peraturan di antara orang Islam. Apabila orang Islam dari seluruh dunia menghadap ke arah kiblat yang satu ketika solat, mereka akan merasai satu penyatuan dan persamaan serta melupakan perbezaan di antara mereka. Ini kerana mereka semua adalah hamba Allah, Tuhan mereka satu, kiblat mereka satu dan agama mereka satu. Tiada perbezaan di antara yang kaya dan miskin, yang tinggi dan rendah (kedudukannya).

Orang Islam memastikan arah yang betul ketika menghadap kiblat dan mereka tidak boleh cuai atau tersasar. Ini akan mendidik mereka untuk bersifat adil di dalam segenap aspek kehidupan mereka dan meletakkan semua perkara di tempatnya yang sebenar.

Dari Abu Mas’ud Al-Ansari ra katanya: “Sesungguhnya Rasulullah saw telah merapatkan bahu-bahu kami ketika hendak mendirikan solat sambil Baginda bersabda: “Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu. Jangan jadikannya bengkang-bengkok, nescaya nanti akan berselisih hati-hati kamu.

Hendaklah saf yang paling dekat denganku, terdiri daripada orang cerdik pandai dan matang fikirannya dari kalangan kamu. Kemudian hendaklah mengikut saf seterusnya orang yang baligh tetapi belum matang pemikirannya atau orang-orang yang hampir mencapai umur baligh. Kemudian hendaklah mengiringi saf seterusnya orang yang kurang dari darjat di atas (kanak-kanak yang telah mumaiyiz dan yang sepertinya) “. Berkata Abu Mas’ud ra: ” Aku melihat kamu semua hari ini sangat kuat berselisih dan bertelingkah”. [HR Imam Muslim No. 422].



Dalam hadis ini Rasulullah saw menjanjikan bahawa saf solat yang bengkang-bengkok akan membawa kepada perpecahan dalaman iaitu hati.

Kata ulama’; bila hati tidak bersatu maka perpaduan tidak akan wujud. Seterusnya membawa kepada perselisihan dan pertelingkahan dalam masyarakat.

Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya: Rasulullah.s.a.w. telah bersabda: “Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika meluruskan dan merapatkan saf dan jangan sekali-kali membiarkan ruangan-ruangan kosong saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan merapatkannya, nescaya Allah swt menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut dan sesiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah swt akan memutuskan rahmat-Nya dan inayah-Nya daripada orang tersebut”. [HR Abu Daud No:666, “Sahih”].

Solat juga mendidik seseorang tentang kepentingan menjaga masa dan menghargainya. Ia mengajarnya cara untuk membahagikan masa dan menyusunnya. Dengan sendirinya dia akan menjadi seorang yang menepati masa dan teratur di dalam setiap urusannya. Apabila dia menunaikan solat secara berjamah, maka dia wajib mengikut imam, ketika berdiri, rukuk dan sujud, dia akan belajar erti kepatuhan dan penyerahan, berdisiplin dan teratur. [ Lihat: Dr. Abdullah Mohd Al-Tayyar, Al-Solat: 24-25] .

Berkata Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani – rahimahullah -: “Dan demikian lagi setengah daripada orang yang memeliharakan akan sembahyang dan mendirikan baginya, ia mengekalkan dan menyungguhkan atas mengerjakan dia dengan berjamaah, kerana bahawasanya orang yang sembahyang berjamaah itu lebih atas sembahyang seorang dirinya dengan dua puluh tujuh darjat. Seperti yang disebut dalam hadis. [Hadis riwayat Al-Bukhari: No. 645]

Maka orang yang memudahkan dengan laba (keuntungan) agama dan akhirat ini, pada hal tiada payah pada menghasilkan dia dan tiada penat mencapaikan dia, maka adalah orang itu orang yang memudahkan agamanya dan orang yang tiada menghiraukan dia . Dan lagi kerana kata setengah ulama’: Ia (solat jamaah) fardhu kifayah, diperangi akan orang yang meninggalkan dia”. [Munyatul Musalli: 20].

Antara faedah solat berjamaah ialah;

Solat jamaah mempunyai faedah yang banyak dan kemaslahatan yang besar; antaranya:

1. Allah swt telah mensyariatkan umat ini berkumpul pada waktu tertentu, a)Harian; solat lima waktu. b)Mingguan; solat jumaat, c)Tahunan; solat hari raya.

2. Perhimpunan ini merupakan ibadat kepada Allah swt secara jama’i.

3. Untuk ta’aruf iaitu saling kenal mengenali sesama Islam.

4. Menzahirkan syiar Islam yang besar melalui ibadat solat secara jamaah; kerana itulah jika mana-mana penempatan yang masjidnya tidak ramai ahli jamaahnya, ia menunjukkan penduduknya tidak kuat beragama.
5. Menzahirkan kemuliaan dan keagungan Islam itu sendiri.

6. Mengajar orang-orang jahil tentang amalan solat.

7. Seorang muslim yang berada dalam saf yang sempurna akan merasakan seolah-olah dia berada dalam saf jihad fi-sabilillah. [Solat Al-Mukmin: 1/422].


HUKUM SOLAT BERJAMAAH

Terdapat beberapa pendapat ulama’ mengenai hukum solat berjamaah:

1. Sunat mu’akkad – Mazhab Hanafi dan Maliki.
2. Fardu ain/wajib (bukan syarat sah solat) – Ulama’ Hanbali.
3. Fardu kifayah – Pendapat mazhab Syafi’i.

Penjelasan ringkasnya:
1. Para ulama’ yang mengatakannya sebagai sunat mengemukakan dalil dari beberapa hadis, antaranya ialah: “ Sabda Rasulullah s.a.w.: “ Solat berjamaah itu melebihi solat sendirian dengan 27 darjat” . [HR Bukhari No. 645, Muslim No. 650 dari Ibnu Umar ra].

Kata mereka: Hadis ini menjelaskan amalan solat berjamah adalah afdhal (lebih) baik dari solat sendirian, maka afdhal adalah kelebihan bukan wajib.

2. Namun ada golongan/ Para ulama’ yang mengatakan bahawa solat berjamaah itu fardu ain/wajib menggunakan dalil:

i. Sabda Rasulullah saw: “Seberat-berat solat ke atas para munafiqin ialah solat isya’ dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua solat berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan solat berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa orang yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka”. [HR Bukhari No. 644. & Muslim No. 651 dari Abu Hurairah]

Hadis ini menunjukkan solat berjamaah wajib ke atas setiap orang (fardhu ain) lelaki yang mampu. Sekiranya solat jamaah adalah sunat tentulah Rasulullah saw tidak memberi amaran untuk membakarnya.

ii. Ibnu Ummi Maktum berkata: Wahai Rasulullah, saya seorang yang buta dan rumahku pula jauh dari masjid. Penunjuk jalan saya tidak serasi dengan diri saya. Adakah keringanan untuk saya bersolat di rumah? Rasulullah saw bertanya: “Adakah engkau mendengar azan? ” Jawabku: Ya. Rasulullah saw bersabda: “Kamu tidak mendapat keringanan.” [HR Abu Daud No. 552, “Sahih”].

Rasulullah saw tidak memberi kelonggaran kepada orang buta meninggalkannya, maka orang yang celik tentulah lebih lagi.
3. Fardu kifayah. Jika di dalam suatu kampung atau negeri penduduknya enggan mengerjakan solat berjamaah, pemerintah hendaklah memerangi mereka.



Dalil mazhab ini:

Sabda Rasulullah saw: “Tidak terdapat tiga orang yang mendiami sebuah kampung atau penempatan yang tidak didirikan solat jamaah melainkan mereka akan dikuasai syaitan. Maka hendaklah kamu berjamaah, sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang bersendirian”. (HR Abu Daud No. 547. “Hasan”]
Hadis ini menunjukkan solat berjamaah adalah fardhu kifayah ke atas umat ini. [Lihat: Fiqh Al-Ibadat, Sheikh Hasan Ayyub: 238-247]

Sebab-sebab dibenarkan meninggalkan solat berjamaah;

Keuzuran yang dibenarkan oleh syara’ terbahagi kepada dua bahagian;

a- Keuzuran umum , seperti hujan lebat, angin kencang atau jalan yang terlalu becak dan licin.
Abdullah bin Umar ra telah melaungkan azan pada malam yang sejuk dan berangin. Kemudian beliau berkata: “Bersolatlah di rumah kamu”. Kemudian beliau menyambung lagi: “Rasulullah saw menyuruh muazzin supaya berkata: “(Apabila malam terlalu sejuk dan hujan) bersolatlah di rumah kamu”. [HR Al-Bukhari No. 635, Muslim No. 697]

Kita pasti mengetahui bahawa keuzuran ini jarang sekali berlaku pada hari ini melainkan di kampung pendalaman. Apalagi bagi negeri yang banyak hujan, ianya merupakan suatu kebiasaan bukan keuzuran.

b- Keuzuran Khas seperti sakit, dalam keadaan terlalu lapar dan dahaga, takut kepada orang yang akan melakukan kezalimana ke atas diri dan hartanya, juga ketika menahan diri daripada berlaku hadas, (mahu buang air besar atau air kecil) atau seorang yang berhutang takut keluar berjamaah kerana takut diekori oleh pemberi hutang sedangkan dia tidak mempunyai wang untuk membayarnya. Juga seorang yang baru sudah memakan makanan yang berbau busuk atau berpakaian kotor yang boleh menyakiti dan mengganggu orang lain oleh sebab baunya.

Semua keadaan ini dianggap keuzuran Syarak yang diizinkan untuk seseorang itu tidak menghadiri solat berjamaah. [Lihat Fiqh al-Manhaji: 178-179].

Kesimpulannya:-

Solat jamaah di masjid adalah merupakan satu syiar Islam yang agung. Samada ianya dikira sebagai sunat muakkad, fardhu kifayah atau fardhu ‘ain. Para ulama’ Islam telah sepakat bahawa menunaikan solat lima waktu di masjid adalah merupakan ketaatan yang dituntut dan penghampiran diri kepada Allah swt yang sangat besar.

Kerana itulah terdapat banyak sekali hadis-hadis yang menyebut tentang fadhilat, kepentingan solat jamaah dan larangan meninggalkannya. Di antaranya hadis yang telah disebut di atas tadi:

1. 27 gandaan pahala solat Jamaah.

2. Rasulullah saw mahu membakar rumah orang yang tidak bersolat jamaah.

3. Seorang sahabat r.a yang buta meminta izin dari Rasulullah untuk diberi keuzuran daripada pergi ke masjid, tetapi tidak dibenarkan oleh Baginda saw.

4. Syaitan akan menguasai kumpulan tiga orang ke atas yang tidak mendirikan solat jamaah.

5. Meninggalkan solat jamaah adalah salah satu tanda-tanda orang munafiq. Kata Abdullah bin Mas’ud ra: “Kami dapati tidak ada orang yang cuai atau tidak datang untuk bersolat jamaah di masjid kecuali beliau ialah seorang yang telah dikenal pasti sebagai seorang munafiq ataupun orang sakit. Jika orang sakit dia akan dipimpin oleh dua orang sehingga sampai ke tempat solat.” Katanya lagi: “Nabi saw telah mengajar kami sunnahnya sebagai petunjuk, dan di antara sunnahnya ialah solat jamaah di masjid yang dilaungkan azan padanya.” [HR Muslim: 654].

6. Tidak dibenarkan keluar dari masjid orang yang telah berada di dalamnya apabila azan. Dari Abu Asy-Sya’tha’: “Kami sedang duduk di masjid bersama Abu Hurairah ra, tiba masa muazzin pun melaungkan azan. Tiba-tiba seorang lelaki bangun lalu berjalan keluar dari masjid, Abu Hurairah menjelingnya dengan ekor mata. Setelah lelaki itu keluar beliau berkata: “Orang itu telah menderhaka kepada Abu Al-Qasim (Rasulullah saw).” [HR Muslim: 655].

Abu Hurairah ra telah menganggap perbuatan tersebut sebagai menderhaka kepada Rasulullah saw kerana meninggalkan solat jamaah.

Kata ulama’: Sekiranya seorang itu keluar kerana keuzuran seperti ingin berwudhuk, menunaikan hajat atau menunaikan solat berjamah di masjid lain maka ia tidak termasuk dalam larangan tersebut. Jika sedemikian sekali Rasulullah saw telah memperingati tentang kelebihan solat jamaah dan memberi amaran tentang keburukan meninggalkannya, maka kita sebagai umatnya yang mukmin tidak patut sekali meninggalkan amalan sunnah yang begitu mulia dan penuh manfaat duniawi dan ukhrawi ini tanpa keuzuran dan rukhsah yang dibenarkan Syarak dengan sewenang-wenangnya. Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar dipermudahkan untuk melakukan kebajikan dan kebaikan serta segala amal ibadat kita diterima-Nya dan mati pada jalan yang diredhai-Nya. Amin.
Sedikit huraian saya berkenaan FARDHU KIFAYAH DAN Fadhu AIN :-

Definisi Fardhu Ain
- Seseorang itu wajib melakukan sesuatu pada waktu yang wajib ia
melakukannya.
- Tidak gugur fardhu itu dari seseorang sekiranya ada orang lain yang
melakukannya.
- Melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang
oleh Allah.
- Fardhu Ain ialah sesuatu yang telah diwajibkan oleh Allah kepada
setiap hambanya seperti keimanan,sembahyang,puasa,menuntut
ilmu,berjihad dan seumpamanya.

Definisi Fardhu Kifayah
Suatu kewajipan apabila sebahagian orang
melaksanakannya,maka kewajipan itu gugur bagi yang lainnya
seperti berjihad, solat berjamaah, ilmu,pakar dalam suatu bidang dan
sebagainya.Ia terbahgai kepada beberapa bahagian seperti kifayah
dini,kifayah duniawi,kifayah syarat hakim dan kifayah tanpa syarat
hakim.Fardhu kifayah seperti yang disebutkan tidak diwajibkan
kepada setiap individu,tetapi apabila dilaksanakan oleh sebahagian
orang,ia dianggap sudah gugur kewajipan semua.Apabila tidak Seorang pun melaksanakannya maka semua masyarakat di kampung itu berdosa.

Wallahhu Aklam.

30 Januari, 2011

Rusuhan di MESIR





KAHERAH 30 Jan. - Aktivis Mesir, Mohamed ElBaradei menyifatkan pelantikan Naib Presiden dan Perdana Menteri baru yang dibuat Presiden Hosni Mubarak sebagai tidak berguna dan tidak menurut apa yang dituntut oleh beribu-ribu rakyat negara ini yang mahu pemimpin itu menamatkan pemerintahan selama 30 tahun.

Kenyataan pemimpin pembangkang Mesir itu dibuat selepas Mubarak, 82, menamakan bekas ketua risikan tentera, Omar Suleiman sebagai Naib Presiden buat kali pertama dan bekas Menteri Penerbangan Awam, Ahmed Shafiq sebagai Perdana Menteri semalam.

"Hosni Mubarak tidak mendengar permintaan rakyat. Apa yang dibuatnya hanya perubahan melibatkan beberapa individu sedangkan kita bercakap tentang perubahan rejim.

"Rakyat Mesir menyatakan satu suara, mereka mahu Presiden Mesir berundur," kata ElBaradei, 68, yang menyifatkan pelantikan itu sebagai tidak berguna kepada televisyen Al-Jazeera semalam.

Bekas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu turut menyeru pembentukan sebuah kerajaan peralihan baru supaya satu pilihan raya adil dapat dilaksanakan.

ElBaradei berkata, beliau juga mungkin bertanding pada pilihan raya Presiden sekiranya perubahan Perlembagaan dilakukan.

"Saya hormatkan Suleiman dan Shafiq tetapi menggantikan individu tertentu tidak cukup.

"Saya mahu Mubarak dan rejimnya meninggalkan Mesir secepat mungkin. Itu yang terbaik bagi Mesir dan mereka," katanya.

Reformis Mesir itu menegaskan tindakan kerajaan yang cuba menidakkan kemahuan orang awam hanya akan memburukkan lagi keselamatan negara dan Mubarak perlu dipertanggungjawabkan di atas keadaan itu.

"Presiden perlu dipilih oleh rakyat. Sudah tiba masanya untuk sesuatu rejim berundur sekiranya ia tidak memahami kehendak rakyat. Rakyat mahukan pemerintahan baru, jika tidak Mesir akan tumbang," katanya. - REUTERS

12 Januari, 2011

Roadtaxi mahal

Semalam aku gi bayar roadtaxi motosikal,ape yg kesal harga melambung tinggi RM305,walhal roadtaxi kereta hanya RM290 fuh tinggi giler,ape nak jadi da...inilah hidup di bumi Malaysia,naseb baik basikal tak perlu bayar insurans body...huhuhu

05 Januari, 2011

BENARKAH KHIAMAT SEMAKIN MENGHAMPIRI KITA???


www.kosmo.com.my

hari ini 5 Disember 2011 melaporkan

Misteri ikan, burung mati di Arkansas

SEPASANG suami isteri melihat seekor burung hitam yang jatuh dari langit dan mati di bandar Beebe, Arkansas pada Sabtu lalu.

BEEBE - Misteri menghantui negeri Arkansas apabila lebih 100,000 ekor ikan ditemui mati di sepanjang 32 kilometer tebing dan di permukaan Sungai Arkansas berhampiran Ozark yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar Beebe, di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan-ikan tersebut ditemui oleh seorang pemandu bot tunda pada Khamis lalu, 200 kilometer dari Beebe. Pakar alam sekitar percaya bahawa ikan-ikan itu mati akibat penyakit.

"Hanya satu spesies ikan yang mati dan kami tidak tahu apa puncanya. Jika disebabkan toksik, semua ikan mesti terjejas," kata seorang pegawai dari Jabatan Kualiti Alam Sekitar, Travis Harmon.

Pegawai-pegawai perikanan mengambil beberapa ekor ikan yang mati berhampiran Roseville untuk diuji.

Jurucakap Suruhanjaya Perikanan dan Sukan Arkansas, Keith Stephens memberitahu, masalah kematian ikan berlaku setiap tahun dan ia sesuatu yang luar biasa.

Seorang pakar, Dr. Andrew Goodwin dari Jabatan Perikanan dan Akuakultur, Universiti Arkansas menyatakan perubahan drastik antara cuaca sejuk dan panas boleh membuatkan ikan terkejut dan membunuh mereka.

"Faktor yang memberi impak kepada ikan itu ialah perubahan suhu yang ketara," katanya.

Kematian itu berlaku selepas hampir 5,000 ekor burung hitam jatuh dari langit dan mati, 1.6 kilometer dari bandar Beebe pada malam tahun baru.

Insiden pelik yang kelihatan tidak mempunyai hubungan di antara satu sama lain itu nyata membingungkan penduduk Arkansas.

Para saintis menyatakan bunga api mungkin menyebabkan kematian burung itu. Namun, beberapa pegawai yang memeriksa burung itu menyatakan mereka masih belum pasti mengenai punca kematian haiwan tersebut.


SEBAHAGIAN daripada lebih 100,000 ekor ikan yang ditemui mati di Sungai Arkansas, Arkansas pada Khamis lalu. Satu lagi teori ialah ribut petir mungkin dikatakan menjadi punca kematian burung-burung itu. Insiden misteri itu nyata menimbulkan banyak teori dalam kalangan blogger. Dua rakyat AS, Paul Joseph Watson dan Alex Jones dari laman web PrisonPlanet.com yakin ia disebabkan oleh ujian senjata elektromagnetik rahsia.

Sementara itu, pihak lain mengemukakan teori bahawa kematian burung dan ikan tersebut merupakan petanda hari kiamat berdasarkan ramalan suku kaum Maya di Amerika Selatan dan ahli nujum terkenal, Nostradamus. - Agensi

04 Januari, 2011

PETROL dan MINYAK TANAH naik lagi..10sen



Harga Petrol, Minyak Tanah Naik 10 Sen
KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Dis lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini. - sumber http://www.mstar.com.my

03 Januari, 2011

DULU PETROL PASTU KELAPA KINI MINYAK MASAK PULAK



Belum pun reda isu kenaikan harga minyak petrol dan gas memasak pertengahan disember 2010 tempoh hari,rakyat di belenggu tentang kenaikan harga barang di pasaran,ini ekoran dan kesan akibat kenaikan petrol dan gas memasak.Kini sekali lagi rakyat di kejutkan tentang kekurangan santan kelapa dan minyak masak.Kekurangan kelapa di akui oleh sesetengah pihak kerana pada masa ini berlaku disebabkan ramai penduduk di negara ini mengadakan kenduri kendara,namun begitu perlu diakui juga akibat pemborong yang mengambil kesempatan berikutan isu kenaikan harga minyak.Yerlahkan pengangkutan,perjalanan menggunakan kenderaan bermotor seperti lori,kereta,treler semua berasaskan minyak petrol dan diesel.Jadi memang logiklah jika akal kita berfikiran sedemikian.Harini keluar lak isu yang mengatakan sukarnya untuk mendapatkan minyak masak,akhbar dan media masa pung eh..tokleh nak duk diam langsung,asyik ade je isu2 yang di keluarkan.Disebabkan terkeluarnya berita sedemikian,kebanyakan masyarakat kita mengambil kesempatan melakukan pembelian panik dan sebagainya.Tp kita tak boleh nak persalahkan mereka 100% sebab minyak masak ini adalah barangan keperluan harian bagi mereka untuk memasak,menumis,menggoreng ikan dan juga lain2 menu masakan.Alahai..tak habis2..lepas petrol,kelapa,lepas kelapa minyak masak pulak.Bagi mereka yang berpendapatan tinggi macam pak menteri tkperla.Tapi cam kami ni masyarakat kebanyakan mungkin ia menyukarkan kami di tambah pulak kos sara hidup semakin meningkat dari sehari ke sehari,sedangkan gaji tak di naik-naikkan...

02 Januari, 2011

1.1.11. Detik permulaan dan penamat sesi 2010.





1.1.11 itulah tarikh keramat yang di nantikan semua,masing2 tertunggu-tunggu menghitung jam dinding,mengira minit dan saat,dan ianya begitu sinonim dalam masyarakat kita pada hari ini.Tak kurang juga ada yang menanamkan azam dan tekad baru untuk mengejar cita2 masing2,tak kurang juga mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan kerana sesetengah individu dan masyarakat kita menganggap 1.1.11 itu merupakan tarikh keramat yang sukar didapati kerana ianya datang sekali dalam seumur hidup.Tunggu punya tunggu kini ianya telah berlalu,tapi ape yang mengecewakan ada sesetengah menyambut tahun masihi ini ialah dengan membuat penderhakaan kepada Allah Azzawajalla.Mereka mengadakan upacara tarian,konsert dan berhibur sampai malam.Sungguh menyedihkan ialah memandangkan mereka itu adalah terdiri dari kebanyakan muda-mudi yang berbangsa melayu dan juga beragama ISLAM.Tetapi di mana harus kita persalahkan?apakah kesalahan ini kita perlu lontar kepada mereka sahaja? bagaimana pula ibubapa yang mendidik mereka?kawan-kawan?masyarakat dan juga pemimpin yang memimpin mereka?Itulah perkara yang menghantui diri kita.Tak kurang ada yang di tangkap khalwat,minum arak dan sebagainya.Yang menghairankan ialah di kalangan majoriti yang terjebak dengan gejala demikian adalah MELAYU dan beragama Islam.Sungguh sedih kerana majoriti penduduk di negara kita ialah MELAYU dan memiliki pemimpin yang berkuasa majoriti MELAYU yang sentiasa memperjuangkan hak melayu tetapi kewajaran perlaksanaan program tahun baru mengharu-birukan.Masyaallah.

Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti