31 Julai, 2010

Selepas Negeri Sembilan ke Melaka pula.





15 Jun 2010 : Alhmdulillah setelah bermalam seharian di Johol dan menjenguk sanak saudara di Negeri Sembilan ,aku memandu kereta menuju ke Melaka Pula,kata org tua-tua jauh pemandangan banyak pengalamannya.Dari N9 dan sepnjang pemanduan ke Melaka agak kepenatan memandangkan malam sebelumnya tak cukup tidor,tmbahan pula jalan2,dan drive sorang-sorang.Walau agak kepenatan aku,tp bile tgk pemandangan dan keindahan alam sekeliling ketika itu,ternyata ia memuaskan.Ditepian jalan dari Tampin ke Ayer keroh kelihatan berlambak2 buah durian di jual di tepi jalan,sejuk mata aku bile tgk buah durian walaupun melelehair liur untuk merasai kenikmatan dan kehebatan raja durian itu.Sungguh tak sangka bile berkunjung ke Melaka rupa2nya dapat berjumpa dgn jiran sekampung yg bekerja sebagai guru di sana.Jadi perjalanan aku tidaklah membosankan ketika itu.Dengan panduan dan peta di tangan smbil di bca oleh isteri ku sebagai pemandu arah akhirnya aku smpai ke Negeri Melaka Bandayara Bersejarah.Inilah kali kedua aku menjejakkan kaki ke BUMI Melaka.Pada kali ni dptlah berjalan2 sekitar Melaka menikmati keindahan alam dan fauna dan juga kesan bersejarah di Melaka dgn mengunjungi KOTA A 'FAMOSa dan MUZIUM dan juga sekitarnya.Selain itu aku juga sempat merakamkan gambar dengan ular dan pemandangan di sekitarnya.

Dari PWTC ke Negeri Sembilan




14 jun 2010 :Selepas selesai jer majlis konvokesyen isteriku yg berakhir pada pukul 1 ketika itu,kami pun bertolak menuju ke Negeri Sembilan,walau kepenatan namun kami tetap meneruskan perjalanan kerana ingin menjenguk tokwan dan juga wan di Kepis ,dan makngah di Kg.Simat Johol.Alhmdulillah kesemua mereka sihat sejahtera sewaktu kunjungan kami kerumahnya.Dari riak wajahnya mereka jelas gembira dgn kehadiran tetamu yg tidak di undang ini..huhuhuhu.Sambil itu aku sempat berkunjung ke pusara kedua arwah mertuaku dan menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah kedua2 mertua ku mudah2an mereka tergolong di kalangan org2 yang beriman .

Konvokesyen Isteri Tercinta



13 Jun 2010 :Aku menghadiri majlis konvokesyen isteriku di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),jd inilah gambar yg aku sempat posing pada hr tersebut.Walaupun penat memandu kenderaan jauh dari Kelantan ke Kuala Lumpur namun ianya agak berbaloi sungguhpun pada hari penyerahan jubah tersebut,sy selaku penjaga agak kesal dgn pihak penganjuran majlis tersebut yg betul2 mencabar emosi peserta konvokesyn ketika itu.

17 Julai, 2010

Memori Silam




Pagi ni bile buka facebook,ku terkedu bile tgk byk mesej masuk kt inbox aku,79 unread messeg,ade yg iklan ade yg minta pendapat agama dan tak kurang juga mintak nombor telefon,yer saing2 lah katakan,dah lama tk ketemu,bile belek2 inbox tertarik kat fhoto ade seorang kawan tagging (ustaz Khuseini) bekas kawan lamaku,opss kawan lama yg same2 menuntut di bumi anbiak sewaktu dahulu,betullah kata nenek moyang aku suatu hari nanti kotak pun boleh berjalan kesana kesini (merujuk pada laptop&jugak komputer)maka benarlah ckp mereka selama nih,Sungguh indah kenangan semalam terasa seakan2 masa baru je beredar beberapa saat meninggalkan kami,kini baru aku tahu betapa pentingnya menghargai masa....

11 Julai, 2010

SALAHKAH HIBURAN DALAM ISLAM???

Dewasa ini, kita lihat kebanyakan masyarakat sukakan hiburan,tidak kira warna kulit,rambut,wajah keturunan,bahkan ianya tidak mengenal darjat dan peringkat umor.Sungguh indahnya Islam, agama yang diwarisi oleh nenek moyang kita@bagi yang baru memeluk Islam sebenarnya Islam itu bukanlah sekadar seseorang itu pandai mengucapkan kalimah syahadat sahaj,bersolat,menjaga pergaulan, dan juga syahsiah akan tetapi Islam merangkumi segenap penjuru dan juga aspek kehidupan manusia.Sebab itulah telah disebut dalam satu hadis yang berbunyi : ’’ Al-islamun Hual Ha’alun” yang membawa kepada pengertian “ islam itu merangkupi segala keadaan” maka jelaslah disini bahawasanya Islam itu bukanlah hanya sekadar menunaikan kewajipan sebagai muslim dengan sekadar beribadat sahaj akan tetapi dari segenap aspek termasuk juga dalam bab hiburan sebagaimana tajuk yang saya sebutkan diatas.Dalam soal hiburan maka tidaklah menjadi kesalahan bagi umat Islam amnya untuk mencari ketenangan dengan berhibur,berseronok dan mendengar muzik akan tetapi berpada-padalah dengan tidak melanggari batasan yang telah ditentukan oleh syariat sebagaimana telah disebut oleh kebanyakan para-para ulamak “bahkan suatu hari nanti akan tiba bahawasanya ada satu golongan umat manusia akan melampaui batasan dengan hiburan-hiburan yang melalaikan.Justeru itu, kalau kita amati dan perhatikan secara dasarnya Islam itu mengharuskan hiburan bahkan tidak menghalang ummatnya untuk berhibur kerana ianya adalah sebagai sebahagian Fitrah semula jadi kehidupan manusia yang sukakan akan hiburan,Ini bersandarkan kepada hadis Rasulullah S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahhu Anha yang bermaksud : ’’ “Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan juga oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya : ’’bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian . Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).



Dalam membincang isu ini, Di Malaysia khususnya kerajaan Malaysai melalaui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:antaranya senikata mestilah baik ,tidak lucah ,tak biadap dan tidak mendorong kepada kemaksiatan seperti percampuran antara lelaki dan perempuan selagimana ianya tidak membawa kepada fitnah maka hiburan itu adalah harus bahkan jikah nyanyian senikata menyalahi perkara berikut seperti percampuran lelaki dan perempuan yang boleh membawa kepada fitnah maka hukumnya berubah menjadi haram.Maka jelaslah di sini bahawa hiburan tidak menjadi suatu kesalahan jika sekiranya ianya tidak melangkaui batasan-batasan yg telah ditetapkan oleh syarak.

Rujuk. http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3710.

Kalau kita kembali merujuk kepada keperluan hiburan sebenarnya pada asasnya hiburan itu tidaklah dilarang oleh Islam, asalkan memenuhi kriteria yang digariskan oleh ilmuan Islam. Pada zaman Nabi s.a.w pernah Aishah r.a. menjemput kanak-kanak perempuan (jariah) bermain bunyi-bunyian di samping menyanyi dengan Nabi sendiri berada sama dalam majlis itu. Sedang mereka berhibur dan menyanyi Abu Bakar as-Siddiq kebetulan kerkunjung ke rumah Nabi ketika itu, tiba-tiba mengherdik mereka yang menyanyi dan bermain-main alat bunyian (mungkin ketika itu Abu Bakar tidak sedar Nabi ada sama). Lalu Nabi s.a.w menegur Abu Bakar dengan mafhum sabdanya: "Tidak mengapa, biarlah mereka bermain hai Abu Bakar, kerana hari ini adalah hari raya." Yang jelasnya hiburan dibenarkan oleh syarak, akan tetapi hiburan yang berlaku hari ini, tidak seperti yang disebutkan Nabi s.a.w di atas. Hiburan yang berlaku di rumah Nabi s.a.w. ketika itu amat sederhana, tidak melampau dan tidak ada unsur-unsur yang bercanggah dengan hukum Allah SWT.Hiburan di negara kita hari ini bukan seperti itu. Hiburan sempena hari raya contohnya mementingkan nilai estetika yang melampau. Mereka memaparkan kecantikan wanita lebih daripada sepatutnya, berpakaian, menari dengan lagu-lagu pula yang hit-hit sahaja. Bahkan juga sesetengah pihak tidak menghormati azan ketika azan berkumandang yang nyata ini telah terpesong dari hiburan yang diharuskan oleh islam yang sebenarnya.Yang nyatanya, hiburan-hiburan ini melalaikan. Itulah yang lebih diutamakan. Inilah yang akan membawa kepada perlanggaran hukum syarak, yang sepatutnya tidak patut berlaku sedemikian. Seandainya hiburan hari ini, khususnya pada hari raya, dijuruskan kepada pemujian Allah SWT, menghayati tuntutan Islam berhari raya, mensyukuri dan menzahirkan nikmat Allah yang tidak melampau, mengingatkan manusia agar jangan sampai melanggar hukum Allah, mengingatkan kepada nikmat Allah wajib disyukuri dengan membanyakkan kerja-kerja taat, maka jadilah hiburan itu sesuatu yang bermanfaat. Kalau tidak ianya akan berubah menjadi 'niqmah' iaitu kemurkaan Allah. Apa yang berlaku sekarang dalam hiburan sebagai contoh, yang mengambil bahagian sama ada lelaki dan perempuan, termasuk pengunjung-pengunjung rumah terbuka bebas bersalam-salaman antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram. Ini adalah sesuatu yang jelas dilarang. Jika itulah yang diamalkan tatkala hiburan maka jelas ianya bertentangan dengan kehendak syarak.

Oleh itu perlu diperbetulkan semua amalan ini demi mendapat reda Allah. Yang baik itu dari Allah yang buruk itu dari kesalahan saya sendiri ..sekian terima kasih.Wallahua'lam.



Rujuk:



1. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran , Syeikh Abdullah bin Mohamad Basmeih, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.



2. Al-Halal wa al- Haram fi al-Islam, Syeikh Yusuf al-Qardhawi, al-Maktab al-Islami, Cetakan ke-15, Beirut 1994.



3. Garis Panduan Muzik, Nyanyian dan Seni Menurut Pandangan Islam , Bahagian Penyelidikan, JAKIM.



4. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981.

31 Mei, 2010

KEMPEN BOIKOT BARANGAN YAHUDI & AMERIKA

31 Mei 2010:Serangan keatas Konvoi ViVa Palestin@Kemanusiaan Gaza untuk menghantat bantuan ke GAZA telah dicabuli oleh Israel melalui serangan ketenteraan hinga menyebabkan 20 nyawa melayang dan berpuluh2 lagi cedera,lantaran itu adalah menjadi kewajiban bagi umat islam semua untuk sama-sama kita boikot ekonomi Israel & sekutu2 baratnya agar ekonomi mereka terjejas..ingatlah sesungguhnya nilai 1 sen yang kita membeli barangannya,berpuluh2 nyawa melayang akibat ke alpaan kita...ayuhlah sama-sama kita menyahut cabaran ini.
Share/Bookmark


BOIKOT EKONOMI BERIKUTAN SERANGAN ZIONIS TERHADAP VIVA PALESTIN

31 Mei 2010 ;Serangan yg dilancarkan Israel terhadap gerombolan kapal yang membawa misi kemanusiaan ke GAZA pada 4.30 pg waktu tempatan 10.30 pg waktu malaysia menunjukkan keangkuhan Yahudi.Semua pihak mengikuti perkembangan semasa tentang serangan tersebut,Malaysia,Turki,Eropah,Negara Arab dan seluruh dunia mengutuk dan menyelar Israel,tp apakah cukup hanya menyelar?sedangkan perkara ini telah berlalu berlama-lamanya bermula awal 1940-an lagi ,selepas penghijrahan pertama Yahudi ke Tanah Haram ke-3 Umat Islam (Palestin)...ternyata yahudi angkuh?tp apakah wajar kita mengutuk?mengembeleng tenaga sahaja buat demonstrasi menentang Yahudi?bagaimana pula negara arab?sedangkan mereka sendir bermusuhan sesama sendiri?ayuhla kita berfikir .dimana pemimpin2 islam dunia?wajarkah hanya mengadakan mesyuarat tergempar semata-mata,sedangkan dalam kehidupan seharian kita ,kita memberi saham dari 10 sen -hingga berjuta-juta menabung untuk kafir&yahudi,rokok,barangan harian,pusat beli belah tumbuh cam cendawan(tesco & sebagainya).Mengapa kita tidak mengambil sikap untuk merudumkan ekonomi mereka dgn tidak membeli di Pasaraya tersebut,mengapa tidak adakah pilihan lain seperti Mydin dan sebagainya..........ayuhlah kita boikot ekonomi yahudi..BAYANGKAN SETIAP SEN YANG KITA BELANJAKAN DI BIAYAI UNTUK MEMBUNUH MASYARAKAT ISLAM YAHUDI????tidakkah kita semua terpanggil akan semua ini?ayuhla ...muslimin muslimat sebelum terlambat,marilah sama-sama kita perbaiki diri..ayuhla kita berdoa untuk masyarakat Islam di Palestin,di seluruh Dunia,bermunajat memperhambakan diri kepada Allah untuk elak dari kesengsaraan ini...BERSAMALAH KITA BACA DOA QUNUT NAZILAH..KALAU BOLEH TIAP2 HARI...........
Share/Bookmark


30 Mei, 2010

PENGKHIANATAN YAHUDI LAKNATULLAH TERHADAP UMAT ISLAM

Sungguh menjengkelkan dan sungguh tragis,apabila konvoi yang di anggotai seramai 300 orang seluruh negara termasuk Malaysia di serang.Atas pri kemanusiaan mereka ini ingin membantu GAZA@sekelompok rakyat Gaza yang berkurun lamanya ditahan disebalik penjara Israel,namun dipertengahan jalan mereka syahid dan meninggalkan kita,mereka berjuang semata-mata ingin menolong mereka yang kelaparan dek sekatan ekonomi oleh golongan kuffar.Perkara sebegini sememangnya telah dijangkakan dari awal lagi,memandangkan zionis israel(kuffar)tidak menghiraukan sesiapa kerana telah jelas di dalam Al-quran mereka ni musuh islam yang nyata.Tiada senjata@peluru yang mampu dilontarkan ke Israel olehku melainkan iringan bacaan Al-Fatihah & qunut Nazilah untuk warga Islam yg telah syahid....berikut adalah sisipan WWW.BERNAMA.COM


ERUSALEM, May 31 (Bernama) -- Israeli forces on Monday attacked an international flotilla carrying aid to besieged Gaza, killing up to 16 and wounding more than 30 others, an Israeli television reported.

The clash happened after Isreali soldiers tried to stop the flotilla from reaching Gaza. Israel's private Channel 10 television, cited by China's Xinhua news agency, said Israeli forces opened fire after being attacked by a number of passengers.

The Isreali Army Radio also put the number of deaths toll at up to 16, saying that more than 30 others were injured.

The flotilla consisting of six ships were carrying about 10,000 tonnes of aid and activists who were making an attempt to break the blockade on Gaza.

Israeli commandos dropped from a helicopter onto the deck of a Turkish ship at about 4:30 a.m. and immediately opened fire on unarmed civilians, said a twitter of the human rights group Free Gaza Movement.

Israel Defence Forces (IDF) spokesman's office cannot confirm any of the report at the moment.

Sources told Xinhua that seven of the injuries were admitted to Israel's Rambam Medical Centre in Haifa. The hospital's spokesman David Ratner said that a 20-year-old, moderately hurt man was delivered by a chopper from the sea, but denied that he was from the aid ship.

Live image shows that Israeli soldiers from the helicopter and a number of speedboats boarded one of the ships at night. Activists wearing life vests were treating what appeared to be injuries for unknown reasons.

The English channel of Qatar's Al Jazeera television said the clash happened in international waters off the Gaza coast after activists ignored Isreali order to turn back.

The flotilla had set sail from a port in Cyprus on Sunday and was expected to reach Gaza by Monday morning, Al-Jazeera reported.

The flotilla, originally made up of nine ships from Turkey, Britain, Ireland, Greece, Kuwait and Algeria, were carrying cement, water purification systems and wheelchairs. One of the ships had not arrived and two others had been damaged.

-- BERNAMA
Share/Bookmark


26 Mei, 2010

budak 5 tahun lahir dari bukan islam tahu mengenai islam


Share/Bookmark


24 Mei, 2010

Keto Samad KenoTarik

Kisah abe samad naik kereta waja flat JPJ 2008, dia bayar bule2 tp kena tarik jugak...semoga terhibur...hehehe

Al-Huffaz: Hafaz Quran Di Usia 4 Tahun


Share/Bookmark


Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti