01 September, 2010

MAKAN COLEK BERSAMA KELUARGA DI PCB






Alhamdulillah tahun ni aku berkesempatan membawa ayah dan mek aku dan juga keluar bersama keluarga,ambik angin luar kato ore kelate,bukan ape sbb dah lama tk keluar ngn diorang so memandangkan masa pun free jadi bowok lah diorang gi makan colek @steamboat kt tepi pantai PCB sambil menghirup udara malam...

BERBUKA DI TEMPAT KERJA VS BERBUKA DI RUMAH



klu dibanding kan berbuka di rumah dan tempat kerja berbeza sakanla,dari segi kuih muih dan lauk pauk memang tak sah, klu kt rumah klu tak smpai 5 jenis lauk dan juga juadah tp kat tempt kerja memang 2 jenis juadah jer,nasi bungkus dan juga air......jadi rase seronok jugak kdg2 berbuka beramai2 makan dalam talam.Ikut sunnah lah katakan..klu makan kt rumah pakai main bedal je,lepas makan terus rase mengantuk cam ular sawo baru lepas telan lembu..huhuhu

PUASA TAHUN INI...

Alhamdulillah harini telah masuknya hari: 23 aku berpuasa,syukur tahun ini ku dpt menghadapinya dengan linang tanpa keletihan yang teruk berbanding tahun-tahun yang lepas,almaklumlah tahun-tahun lepas ku mengalami gastrik yg teruk,tp tahun ni ku kuatkan semangat ,walau terpaksa membahagikan masa antara tugas sebagai suami dan menjadi suri di dapur.Seperti pasangan lain kami juga ade komitmen masing-masing,so terpaksa lah bahagikan tugas contohnya siapkan juadah berbuka aku lakukan sendiri@masak @beli kat kedai,manakala untuk juadah sahur si dia yang sediakan.so memang adil lah macam tu...huhu .Puasa tahun ni berbeza dgn tahun lepas sbb sepanjang tahun lepas isteri ku tak bekerja so dia lah yg masak,aku pulak bekerja dari pagi smpai malam ,komitmen terhadap tugasan untuk mendapatkan pembekal juadah berbuka untuk program ihya,dan juga bersahur.Dan tahun ni alhmdulillah ibadatku pun rasa berlainan sikit cam bertambah la jika dibanding tahun2 lepas, waktu terawih pulak byk di habiskan di surau UMK je,thn lepas ade gak aku gi surau-surau dan masjid tp tahun ni sbb komitmen byk so terpaksa tumpukan pada 1 tempat je untuk aku buat ibadah sunat terawih.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1431H

11 Ogos 2010 :Alhamdulillah pengumuman yg telah di buat oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja maka Umat Islam di Seluruh Malaysia di wajibkan berpuasa,mudah-mudahan puasa tahun ini beroleh keberkatan dan rahmat yang tidak terhingga dari Allah S.W.T.Tahun ini alhmdulillah nikmat puasa dtg berganda walaupun aku tak bertugas di UMK pada sebelah malamnya namun tugas ku sebagai hamba Allah tetap terlaksana.SELAMAT BERPUASA BUAT KAUM MUSLIMIN DI MALAYSIA

MAJLIS PERPISAHAN KETUA JABATAN



28 Julai 2010 ;Detik perpisahan Ketua jabatan tempatku bekerja, perpisahan ni disebabkan bos aku terpaksa sambung belajar...alhmdulillah kami adakan sedikit majlis perpisahan buatnya di rumah transit UniPeN dan kami juga di raikan di Pizza Hut ,Pengkalan Chepa...berikut ialah gambar ketika majlis perpisahan tersebut

01 Ogos, 2010

BERKURSUS PENGACARAAN MAJLIS






28 & 29 Julai 2010 :aku mengikuti kursus pengacaraan majlis yg di anjurkan oleh majikan aku bertempat di Universiti Malaysia Kelantan Cawangan Jeli,Alhmdulillah byk pengalaman yang dpt aku timba didalam kursus tersebut yg mana penceramah adalah En.Mohamad Jais Bin Mohd Jamil (moderator) yg mana beliau berpengalaman luas dalam mengendalikan program2 besar seperti keberangkatan KDYMM Y.Pertuan Agung,Majlis Rasmi Raja-raja dan sebagainya.Program tersebut dpt membantu aku dalam pengendalian majlis -majlis formal@tidak formal nanti.Byk gelagat2 lucu oleh para sahabat2 dlm kursus tersebut.huhuu Berikut adalah gmbar berkaitan.

31 Julai, 2010

Kenangan bergambar dgn Ular untuk kesekian kalinya...




15 jun 2010 :Firstime bergmbar dengan ular memang teruja dan menakutkan,yerlah bila memegangnya pun dh terasa geli apatah lagi bile di minta untuk merakamkan gambar dan juga buat aksi mencium ular.Rasa takut dan gerun memang tak dapat di elakkan tp memandangkan org lain semua buat mcm tu jd haritu aku ingin cuba jugak untuk memegang dan mencium ular tersebut yg masih hidup.Tp waktu tu memang aku kagum tgk isteri aku pegang ular ..memang tabik spring la...hahahaha

Selepas Negeri Sembilan ke Melaka pula.





15 Jun 2010 : Alhmdulillah setelah bermalam seharian di Johol dan menjenguk sanak saudara di Negeri Sembilan ,aku memandu kereta menuju ke Melaka Pula,kata org tua-tua jauh pemandangan banyak pengalamannya.Dari N9 dan sepnjang pemanduan ke Melaka agak kepenatan memandangkan malam sebelumnya tak cukup tidor,tmbahan pula jalan2,dan drive sorang-sorang.Walau agak kepenatan aku,tp bile tgk pemandangan dan keindahan alam sekeliling ketika itu,ternyata ia memuaskan.Ditepian jalan dari Tampin ke Ayer keroh kelihatan berlambak2 buah durian di jual di tepi jalan,sejuk mata aku bile tgk buah durian walaupun melelehair liur untuk merasai kenikmatan dan kehebatan raja durian itu.Sungguh tak sangka bile berkunjung ke Melaka rupa2nya dapat berjumpa dgn jiran sekampung yg bekerja sebagai guru di sana.Jadi perjalanan aku tidaklah membosankan ketika itu.Dengan panduan dan peta di tangan smbil di bca oleh isteri ku sebagai pemandu arah akhirnya aku smpai ke Negeri Melaka Bandayara Bersejarah.Inilah kali kedua aku menjejakkan kaki ke BUMI Melaka.Pada kali ni dptlah berjalan2 sekitar Melaka menikmati keindahan alam dan fauna dan juga kesan bersejarah di Melaka dgn mengunjungi KOTA A 'FAMOSa dan MUZIUM dan juga sekitarnya.Selain itu aku juga sempat merakamkan gambar dengan ular dan pemandangan di sekitarnya.

Dari PWTC ke Negeri Sembilan




14 jun 2010 :Selepas selesai jer majlis konvokesyen isteriku yg berakhir pada pukul 1 ketika itu,kami pun bertolak menuju ke Negeri Sembilan,walau kepenatan namun kami tetap meneruskan perjalanan kerana ingin menjenguk tokwan dan juga wan di Kepis ,dan makngah di Kg.Simat Johol.Alhmdulillah kesemua mereka sihat sejahtera sewaktu kunjungan kami kerumahnya.Dari riak wajahnya mereka jelas gembira dgn kehadiran tetamu yg tidak di undang ini..huhuhuhu.Sambil itu aku sempat berkunjung ke pusara kedua arwah mertuaku dan menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah kedua2 mertua ku mudah2an mereka tergolong di kalangan org2 yang beriman .

Konvokesyen Isteri Tercinta



13 Jun 2010 :Aku menghadiri majlis konvokesyen isteriku di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),jd inilah gambar yg aku sempat posing pada hr tersebut.Walaupun penat memandu kenderaan jauh dari Kelantan ke Kuala Lumpur namun ianya agak berbaloi sungguhpun pada hari penyerahan jubah tersebut,sy selaku penjaga agak kesal dgn pihak penganjuran majlis tersebut yg betul2 mencabar emosi peserta konvokesyn ketika itu.

17 Julai, 2010

Memori Silam




Pagi ni bile buka facebook,ku terkedu bile tgk byk mesej masuk kt inbox aku,79 unread messeg,ade yg iklan ade yg minta pendapat agama dan tak kurang juga mintak nombor telefon,yer saing2 lah katakan,dah lama tk ketemu,bile belek2 inbox tertarik kat fhoto ade seorang kawan tagging (ustaz Khuseini) bekas kawan lamaku,opss kawan lama yg same2 menuntut di bumi anbiak sewaktu dahulu,betullah kata nenek moyang aku suatu hari nanti kotak pun boleh berjalan kesana kesini (merujuk pada laptop&jugak komputer)maka benarlah ckp mereka selama nih,Sungguh indah kenangan semalam terasa seakan2 masa baru je beredar beberapa saat meninggalkan kami,kini baru aku tahu betapa pentingnya menghargai masa....

Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti