01 November, 2010

DOH NAK MASUK MUSIM BAH


30 Oktober.Mulai hari nih hujan turun dengan lebat tok berhenti-henti,aiii dah nak masuk musim tengkujuh kot@rahmat dari Allah sbb kelate menang PIALA MALAYSIA.Klu nak kato rahmat pun jolo jugak,tp pada hemat ambo musim bah doh mula sbb bila ambo balik kg,air sungai dan sawah2 padi sekitar limbat sumo tenggelam doh.Nak kata rahmat jolo jugak sbb musim ni lah ore2 kampung hok ade perahu,jala, pukat boleh gi nehey pukat sungai.Lgpun ayah aku sendiri pun buleh tehey jugak dgn hobi dio,harap2 tahun nih dapatlah aku makan telor ikan lambok hok ngepah kat kaley tok pokmod,tupun klu ayah aku tehey pukat.klu dia tok tehey takdopla rezki aku gamaknya.sbb klu nak beli memang tak berbaloi..huhuhu.

Mok (nenek) tak sihat


Beberapa hari lalu aku di kejutkan dgn SMS oleh adik aku yang mengatakan mok aku tak sihat,terkejut jugakla,pastu aku kelik kg jengok dio memang demam teruk,sehari sebelum tuh diberitokan ko aku oleh mek aku katonyo mak demam,tibe2 lak tak boleh bangun.Sampai tak makan dan tak minum.dan dale sari duo nih pun tok segar lagi.Doa2lah mudoh2an dia cepat sembuh.

oo Ya...Saiba

Ustaz Azhar Idrus - Kampung Syaitan/ شيطان

PRU GALAS



Sebut galas semo tau,bukan galas kain atau galas buah atau gapo tapi galas terletok di Gua Musang,klu dulu tok sohor tp lonih jadi sohor tibe2 sbb tok wakil situh baru jah meninggal (Al-Fatihah).Dengar kobar 4 haribulan nih doh ngundi,tido-bangung,tido -bangun hari nih doh masuk 1 November 2010 dan doh nak masuk musim boh.Tp takpo toksoh runsing sbb GALAS duk tempat tinggi di GUA MUSANG.Jadi toklah jadi runsing sangat tp mungkin ore hok dok GALAS tuh hok runsingnya,bukan apo,yolah nak pilih tok wakil bukan mudah,time ngundi nih semo pakat tunjuk muka monyot jah ,nak suruh kito pakat pilih dio,kononnya dio terbaik,tp biasalah lepas ngundi macam2 lah jadi.tok turun padang lah ,tok masuk kampunglah tok kenal rakyatlah dan macam2.Cume ambo pesan ko puak2 di GALAS jgn lah silap buat percaturan kali nih,pilihlah hok terbaik.

Tok ayahku yang kian berusia

17 Oktober 2010.Alhamdulilah lepas hampir 5 tahun mok aku (wan)meninggal dunia jd aku berkesempatan berjumpa @ziarah tok ayah aku,walaupun setiap kali aku nintas kot kampung dio,tp aku tengok pintu rumahnya asyik tertutup rapat jah,tp kali nih aku memang juo molek nge dio,serepok muko pintu rumah .wuh rindu betul aku kat dio,dio pung sero sedih jugak lamo tok tengok aku,dia salam nge aku ,dia peluk aku dgn perasae sedih,aku ngucap panje lah jugak sbb aku lamo tok jengok dio.Dio pun tok cekak sangat doh,bil oaku tnya brp umor dio loni,dio sedih dan bagitau aku yang umornyo dah cecah 100 tahun...waktu tu aku ajak dia bergambar dgn aku ,dia cepat2 gi pakai baju sbb suko sgt nak gmbar nge aku.jadi nilah gambar hok aku amik hari tuh.

24 Oktober, 2010

AMALAN ZIARAH semakin dilupakan

Alhamdulillah, bulan syawal & Aidil Fitri baru saja meninggalkan kita dan kita mengharapkan untuk hidup kita berterusan dalam ketaatan dan keredhaan Allah SWT.

Pejam celik-pejam celik sekarang kitah dah berada di hari ke 17 Zulqaedah 1431H dan Insya allah tak sampai sebulan lagi kita akan berada dalam bulan Zulhijjah yang mana bulan yang begitu besar bagi Umat islam khususnya jemaah haji dan hari ray haji z yang mana ianya di raikan dan terdapat unsure ziarah menziarahi dan kunjung mengunjung antara satu sama lain. Kerana itu, adalah sangat rugi sekiranya kita tidak mengamalkan budaya amalan ziarah menziarahi sesama kita, khususnya saudara kita yang dekat mahupun yang jauh, termasuk menziarahi guru-guru, jiran tetangga, rakan-rakan sepejabat dan sebagainya.

Sebenarnya amalan ziarah amat dituntut dalam Islam dan dikatakan bahawa seseorang Muslim itu tidak sempurna imannya sekiranya ia tidak menghubungkan silaturrahim sesama mereka. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam Hadis Baginda yang berbunyi:

"عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلاَ يُؤْذِ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ."

Maksudnya: “Dari Abi Hurairah RA katanya : Sabda Rasulullah SAW "barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat janganlah ia menyakiti jirannya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan tetamunya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik atau diam.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Amalan ziarah atau kunjung mengunjung merupakan salah satu wasilah atau cara mengerat dan mengukuh tali silaturrahim sesama kita. Amalan ziarah memberi manfaat yang amat besar dan faedah yang berguna dalam konteks perpaduan ummah. Amalan ziarah juga membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang susah menjadi mudah dan sebagainya. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan yang dinamakan hubungan silaturrahim.

Namun, yang mengecewakan serta amat mendukacitakan kita, di mana terdapat sebahagian di kalangan umat Islam atau sahabat-sahabat kita pada hari ini kurang memberi perhatian terhadap amalan ziarah menziarahi terutamanya menziarahi saudara-saudara terdekat, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya di luar musim-musim perayaan atau sambutan-sambutan tertentu. Ini disebabkan fahaman dan amalan ziarah hanya bersifat bermusim atau menjadi tradisi yang diamalkan sempena sambutan perayaan sahaja seperti hari raya puasa yang sedang kita raikan ataupun hari raya haji semata-mata. Akibatnya amalan ziarah semakin hari semakin terhakis dan diabaikan dalam keluarga dan masyarakat kita dengan alasan kesibukan dengan tugas-tugas harian dan sebagainya.

Islam telah menggariskan pelbagai panduan untuk menghubungkan silaturrahim sesama manusia, lebih-lebih lagi saudara seagama, supaya umat Islam menjadi umat yang kuat, umat yang berjaya, umat yang tidak hidup bersendirian atau dengan istilah “aku aku”, “engkau engkau”. Sebaliknya umat Islam itu bersaudara, saling kenal mengenal, bantu membantu antara satu dengan yang lain.
Kerana itu, pengertian silaturrahim dalam Islam amat luas serta amat mendalam. Contohnya, bila seseorang telah mengucap dua kalimah syahadah, maka terjalinlah ikatan persaudaraan Islam atau silaturrahim, tidak kira di mana mereka berada, apa bahasa mereka, apa warna kulit mereka dan sebagainya. Pendek kata semua orang Islam adalah bersaudara dan berada dalam akidah yang satu sepertimana Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10:



Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah, bertaqwalah kamu kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmat.”

Melalui amalan ziarah juga, hubungan sesama manusia menjadi erat dan bertambah ikrab. Ini disebabkan asal kejadian manusia dari keturunan yang satu iaitu dari keturunan nabi Allah Adam AS, dengan sebab itulah Islam mengajak manusia supaya saling kenal mengenal antara satu sama lain, hormat menghormati, saling bekerjasama dan faham memahami sepertimana Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 13:



Maksudnya: “Wahai umat manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu lelaki dan perempuan dan telah kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang paling takwa di antara kamu.”
Untuk itu, bagi sesetengah manusia yang hidup mereka tidak mematuhi syariat Islam, umpamanya mereka suka mencari kesalahan orang lain, atau suka mencaci, membuat fitnah, mencerca orang lain, bersifat hasad dengki, bersifat khianat, melakukan kezaliman dan sebagainya. Mereka ini boleh digolongkan sebagai orang yang menurut jalan syaitan, yang sentiasa berusaha merosakkan manusia untuk memutuskan hubungan silaturrahim serta mengajak hidup bermusuhan.

Hampir kesemua ibadah-ibadah dalam Islam dituntut dilakukan dalam bentuk berkumpulan atau berjama'ah, seperti kita digalakkan solat berjama'ah di masjid-masjid atau di surau-surau atau kewajipan sembahyang Jumaat setiap minggu. Ianya tidak lain bagi memberi galakan kepada umat Islam bertegur sapa atau bertukar-tukar pandangan. Begitu juga dengan ibadah haji contohnya merupakan ibadah yang mengajak kepada menghubungkan silaturrahim dengan saudara-saudara Islam di seluruh pelosok dunia, dilaksanakan tanpa membezakan antara orang kaya atau miskin, berpangkat ataupun tidak, mereka sama-sama menunaikan ibadah haji dalam satu jamaah. Demikian juga, dengan ibadah zakat, ianya menghubungkan nilai persaudaraan di kalangan umat Islam dengan sifat tolong-menolong, bantu membantu, akhirnya lahirlah nilai kasih sayang antara yang kaya dengan yang miskin.

Akhirnya, saya sekali lagi menyeru tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita menghidupkan amalan ziarah menziarahi, mempereratkan hubungan silaturrahim dan kasih sayang sebagai umat Islam yang bersaudara, iaitu persaudaraan bukan sahaja di dunia ini bahkan persaudaran sampai ke akhirat. Insyaallah, mudah-mudahan Allah memberkati hidup kita, melapangkan segala kesulitan, membukakan pintu rahmat-nya, mengurniakan kita kehidupan yang damai dan tenteram.
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ :



Bererti: “Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepada-Nya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sempit-sesempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.”

(Surah al-An’am ayat : 125)

Mudahnya Solat - Praktikal Solat Subuh

20 Oktober, 2010

PERUNTUKAN BARU HANYA HADKAN BILANGAN ANAK

Sumber:Berita Harian
16/10/2010


PEMBERIAN cuti bersalin sebanyak 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini kepada penjawat awam wanita menimbulkan dua reaksi berbeza. Ketika Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (MAMANEH), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj bersetuju dengan fleksibiliti menentukan sendiri tempoh cuti bersalin, Perunding Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nor Kamariah Mohd Alwi pula berpendapat ia hanya mengehadkan bilangan anak buat wanita bekerjaya.

Mengulas lanjut, Nor Kamariah berkata, mengikut peruntukan itu, cuti 90 hari daripada 300 hari perkhidmatan itu sama dengan cuti bersalin 90 hari untuk anak pertama hingga tiga saja.
“Sebelum ini, kerajaan memberikan cuti dua bulan dengan peruntukan 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan dan bilangan itu bersamaan dengan tempoh cuti bersalin hingga anak kelima. Sekarang, bilangan cuti bertambah, tetapi dengan peruntukan sama 300 hari. “Ini bermakna cuti hanya untuk sehingga anak ketiga, jika wanita terbabit mahu mengambil cuti sehingga 90 hari setiap kali bersalin,” katanya. Bajet 2011 antara lain memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutama anak yang baru dilahirkan.

Bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini. Kemudahan itu tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Sementara itu Dr Harlina yang juga Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) juga berharap sepanjang tempoh itu, ibu mengamalkan penyusuan ibu sepenuhnya. Beliau yang juga berharap kelonggaran juga diberi kepada ibu untuk bercuti beberapa minggu sebelum bersalin berpendapat memberikan penyusuan penuh dalam tempoh tiga bulan pertama dapat membentuk hubungan baik ibu dan anak. “Bayi pada usia berkenaan lebih kondusif menerima rangsangan, justeru ‘lebih kuat’ untuk ditinggalkan ibu ketika keluar bekerja selepas tempoh cuti bersalin berakhir.

“Majikan tidak seharusnya melihat cuti panjang diberi menjejaskan produktiviti organisasi kerana banyak bukti menunjukkan wanita berjawatan penting hari ini, mempunyai anak ramai, tetapi tetap fokus terhadap tugas,” katanya.

Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti