12 Disember, 2010

Jadual pembayaran gaji bagi sesi 2011

Bagi mana2 kengkawan ku yang kerja government tu bolehlah tengok disini tentang tarikh pembayaran gaji sesi 2011.Mudah2an dapat membantu anda menyelia wang dari gaji bulanan.

Bulan Tarikh Hari Catatan
Januari 25/1/2011 SELASA
Februari 24/2/2011 KHAMIS Tahun Baru Cina : 03 dan 04 .02.2011
Mac 24/3/2011 KHAMIS
April 25/4/2011 ISNIN
Mel 24/5/2011 SELASA Pesta Menuai 30 dan 31.05.2011
Jun *23.06.2011 KHAMIS Hari Gawai 01 dan 02.06.2011
Julai 25/7/2011 ISNIN
Ogos 24/8/2011 RABU Hari Raya Puasa 30 dan 31.08.2011
September 22/9/2011 KHAMIS
Oktober 20/10/2011 KHAMIS Deepavali 26.10.2011
November *24.11.2011 KHAMIS Hari Raya Haji 06.11.2011
Disember 19/12/2011 ISNIN Hari Krismas 25.12.2011

Nota : Gaji bagi Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak dibayar awal kerana perayaan tersebut jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan.

Secara amnya jadual pembayaran gaji kakitangan awam akan dapat membantu 1.2 juta penjawat awam membuat persediaan awal dan merancang pengurusan kewangan dan perbelanjaan tahunan mereka dengan lebih tersusun dan berhemah. Untuk semakan kemaskini dan berita terkini mengenai jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2011 bolehlah merujuk di laman rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Trip to KL



Baru2ni aku kena outing to KL atas arahan bertugas.Sambil2 tu sempatla aku jalan2,walaupun Kl bukanlah asing bagi aku tp kali nih aku posing hbis habisan.Antara destinasi hok di tuju ialah Masjid Negara,Pantai permai,Dataran Merdeka,KLCC dan juga PICC.Hok paling best sekali sesi makan2 .Yolahkan time tu aku dpt makan masakan kegemaranku Sup lidah + Telinga + perut kat pantai permai.Klu korang nktau besst giler sup benda nih.hahahahaahaha

11 Disember, 2010

Hijrah...kemanakah hala tuju kita???


Sebut tentang hijrah,semua tahu akan hijrah,dan sebilangan besar mengetahui hijrah ialah suatu peristiwa besar yang berlaku dalam kehidupan jujungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Bahkan di negara kita saban tahun kerajaan melalui agensi-agensi tertentu ,orang perseorangan,masyarakat setempat menyambut peristiwa tersebut.Tak kurang juga mereka mengadakan majlis besar-besar,ade yang buat tahlil dan sebagainya bagi mengingati peristiwa besar yang telah berlaku terhadap Junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W.Namun di sebalik sambutan tersebut masih ramai yang tidak mendalami erti hijrah yang sebenar.Bahkan masih berada dalam dilema pabila diajukan soalan berkaitan hijrah.Kalau kita lihat pengertian Hijrah yang sebenar, Apakah yang dimaksudkan dengan HIJRAH ?

Perkataan HIJRAH berasal dari bahasa Arab yang ertinya "meninggalkan sesuatu perbuatan" atau "menjauhkan diri dari pergaulan" atau "berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain. Menurut syariat, HIJRAH itu mempunyai 3 maksud:

1. Hijrah dari meninggalkan semua perbuatan yang terlarang oleh Allah. Hijrah ini adalah wajib bagi seluruh umat Islam berdasarkan Hadis Nabi saw:
"Orang2 yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan segala apa yg Allah telah melarang daripadanya" (Riwayat Bukhary dari Abdullah bin Umar r.a)

2. Hijrah mengasingkan diri dari pergaulan orang2 musyrik atau orang2 kafir yang menfitnahkan orang2 Islam atau mempersendakan agama Islam.

Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam (An Nisa : 140)

3. Hijrah (berpindah) dari negeri atau daerah orang2 kafir atau musyrik ke negeri/daerah orang2 muslim sekiranya mereka tidak berkuasa atau mampu untuk mengerjakan amal ibadah atau terpaksa melakukan perkara yang terlarang oleh Allah. Ini berdasarkan peristiwa hijrah sahabat2 ke Habsyah dan hijrah besar dari Mekah ke Madinah.

Bagaimanapun sekarang ini, Hijrah yang paling besar adalah hijrah dari meninggalkan perbuatan terlarang ke perbuatan yang baik dan ini juga merupakan satu jihad yang amat besar di sisi Allah seperti Hadis Rasulullah saw : " Jihad yang paling besar adalah jihad melawan NAFSU"

Apakah HIJRAH masih berlaku dan relevan pada kita umat Islam masa kini ??
YA ! PASTI ! Sesungguhnya terdapat lebih dari 30 firman Allah yang menceritakan perihal perkara Hijrah, tentang tujuan dan ganjaran bagi perbuatan hijrah tersebut. Bagi maksud pertama dan kedua di atas, proses Hijrah sudah pasti terus berlaku dan wajib bagi kita umat Islam sepanjang masa. Bagi maksud Hijrah yang ketiga, hijrah akan menjadi wajib apabila keadaan memaksa atau memerlukan kita berbuat demikian. Banyak ayat2 Hijrah yang berpasangan dengan perkataan JIHAD menunjukkan betapa kuatnya perkaitan atau sinergi antara kedua perkara Hijrah dan Jihad ini dalam amalan kita sebagai hamba Allah yang beriman." Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berHIJRAH dan berJIHAD di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".(AL Baqarah : 218)

" Orang-orang yang beriman dan berHIJRAH serta berJIHAD di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan". (At Taubah : 20)


Dua ayat di atas daripada berpuluh ayat-ayat Hijrah yang lain sudah cukup membuktikan bahawa proses HIJRAH ini masih relevan dan akan terus berlaku hingga akhir zaman dan sudah tentu menjadi kewajipan bagi kita umat Islam.


Bagaimanapun bagi para pejuang agama Allah (Islam) dalam membela agama dan syariat Islam serta orang2 Islam, maka firman Allah dibawah adalah janji dan motivasi yg Allah sampaikan secara langusng kepada kita melalui kekasihnya Rasulullah saw:


Dan orang-orang yang berhijrah karena Allah (dalam membela agama Allah) sesudah mereka dianiaya, pasti Kami akan memberikan tempat yang baik-baik kepada mereka di dunia dan sesungguhnya ganjaran di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Allah saja mereka bertawakal. (An Nahl : 41-42)


Akan tetapi ada juga orang yg mengatakan bahawa proses Hijrah ini sudah berakhir di zaman Rasulullah saw dan tidak berlaku lagi seperti Hadis dibawah:

"Tidak ada Hijrah lagi sesudah FATH (pembukaan) kota Mekah, tetapi hanya jihad dan niat"


Secara ringkas, hadis ini bermaksud sesudah terbuka atau jatuhnya kota Mekah pada kekuasaan Rasulullah saw dan para Sahabat, maka tidak ada lagi hijrah bagi kaum muslimin tetapi yang tetap ada adalah jihad dan niat untuk mempertahan dan membela agama Islam.

Begini penjelasannya yang sebenar :
Hadis ini bermaksud bahawa Hijrah dari Mekah ke Madinah untuk peribadi Rasulullah saw dan para sahabatnya sudah selesai kerana apa yg telah terjadi itu sudah pasti tidak dapat diulangi mereka lagi. Begitu juga dengan Hijrah sebahagian sahabat ke Habsyah sebanyak 2 kali sebelum Hijrah besar ke Madinah.
Sesudah futuhnya (pembukaan) kota Mekah di tangan kaum muslimin maka tidak ada lagi Hijrah dari Mekah ke Madinah.
Keterangan ini dapat diperjelaskan dan diperkuatkan dengan perkara2 berikut:


a. Firman Allah mengenai Hijrah yg lebih daripada 30 ayat di dalam Al Quran dan tidak ada satu pun antara ayat2 tersebut yang memberitahu bahawa perintah Hijrah itu telah dihapuskan hukumnya. Maka, perintah Hijrah ini tetap terus berlaku dan menjadi syarat kedua selepas beriman sebelum proses Jihad berlaku bagio setiap individu Muslim.

b. Hadis-hadis Rasulullah saw yang antaranya:

"Tidak berputus HIJRAH sehingga berputuslah TAUBAT." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan An Nasai dari Muawiyah r.a.)

"Tidak berputus HIJRAH selama orang-orang kafir diperangi." (Riwayat An Nasai dari Abdullah bin As Sa'dy)


c. Sehingga hari ini belum ada seorangpun ulamak Islam yg muktabar dan adil dari kalangan ahli tafsir dan ahli hadis yg menyatakan bahawa ayat Hijrah itu telah mansuh atatu terhapus hukumnya .


Sesungguhnya peristiwa besar HIJRAH Rasulullah saw dan para Muhajirin adalah satu titik permulaan yang menyebabkan agama Islam tumbuh subur di seluruh pelusuk dunia. Maka sudah pasti dan seharusnya, kita para umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya mengambil pimpinan HIJRAH Rasulullah saw sebagai tauladan kepada kita dan selanjutnya terus menghidupkan amalan HIJRAH di dalam hati dan amalan kita dengan penuh ikhlas.


Jadi adakah kita sudah bersedia untuk melakukan proses Hijrah diri kita kepada perkara yg dirahmati Allah secara TOTAL? Jika belum, BILA LAGI? Adakah kita pasti bahawa MAUT masih jauh lagi? Atau, hanya esok hari atau beberapa jam lagi?


Mudah-mudahan MAAL HIJRAH 1432 ini menjadi ingatan dan tauladan serta diterapkan kepada amalan kita sehari-hari terutama pada diri saya sendiri yang sering alpa dan hanyut dengan habuan dan nikmat dunia semata-mata.

01 Disember, 2010

Gara-gara tertidur

www.hmetro.com.my(melaporkan)

KOTA BHARU: Suasana di Jalan Kuala Krai, di sini, semalam, gempar seketika apabila seorang lelaki berusia 30-an tidak sedarkan diri hampir setengah jam dalam kenderaannya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Rexton itu tidak sedarkan diri menyebabkan laluan di jalan berkenaan sesak sepanjang hampir satu kilometer.

Kejadian itu menimbulkan panik di kalangan orang ramai yang berusaha membantu mengeluarkan lelaki terbabit dari keretanya, namun tidak berjaya.Mereka menghubungi ambulans yang tiba tidak lama selepas itu kerana bimbangkan keadaan lelaki terbabit.


Orang ramai yang melihat keadaan itu berusaha mengejutkan lelaki terbabit dengan mengetuk cermin kenderaan berkenaan berkali-kali, tetapi gagal. Beberapa minit kemudian, lelaki terbabit yang enggan dikenali itu tiba-tiba menurunkan tingkap kenderaannya sambil memohon maaf kerana tertidur sebelum beredar dari situ.

28 November, 2010

WAN ku Terlantar di HUSM


MAsuk hari ni dah 4 hari mok@wan aku tak makan nasik,hritu first sebelum dtg ke Hospital aku tengok dia memang tk boleh bukak mulut,smpailah aku ngn adik2ku usung watgi spital,pada pukul 11.30 pagi 27 November baru-baru ni.Waktu sampai kt wad HUSM,berusungla jugak sbb mak tak buleh jalan,pastu wat masuk wad sementara (wad di bilik kecemasan)lama punya tunggu giliran,almaklumlah spital kerajaan ,memang serik rasanya nak-nak pulak pada hari minggu sebegini,dahla dtg pukul 11.30.nak tunggu nama di panggil untuk masuk pukul 3.45 petang baru leh masuk,tp aku hairanla jugak apela dinamakan wad kesemasan sedangkan mengambil masa yang lama.Walhal mak aku ketika itu dah tak boleh makan dan tak boleh tahan sangat,pastu bile masuk dalam tunggu punya tunggu pukul 10.25 malam baru buleh tau untuk masuk ke WAD.Aku ketika itu memang dah rasa bosan dan meluat ngn prosedur yg di lakukan agak lama,yerlah klu tak cukup kakitangan,kenapa tidak tambah je doktor @ kakitangan yang lain sedangkan berlambak orang kt luar yg ade degree dan nak mohon kerja tp tak dapat.Sewaktu aku tulis ni,klu korang nktau waktu ni aku baru balik dari spital tersebut sbb temankan mak aku kt sane,sbb mak sedara aku ckp yg harini mok akan di bedah,nakla jugak tau dari mulut doktor sendiri sebab dan musabbabnya.Bile tanya staff nurse(wad 4 Timur,ORL -HNS),melenting pulak dia,dhtu siap cakap lagi...ni berapa kali nak cakap ni,kang semalam dah cakap.Huh sakit atiku mendengarnya.Klu tak fikirkan orang sekeliling,waktu tu jugak aku tampar misi tu.Duhai...hebat sangatkan staff nurse ni smpai tak boleh di ambil tindakan?hati ku terbuak2 nak marah,dan syaitan membisikkan di telinga ku.Repot je kat pegawai atasan,biar kena tindakan padan muka dia tp ....???biarkanlah..alakullihal mudah2an mok @mak aku cepat sembuh..Ameeen...

Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti