26 Julai, 2009

Bulan Sya'ban di Ambang Ramadhan..

BULAN SYA'BAN :

Persediaan Di Ambang Ramadhan

Setiap bulan dalam sepanjang tahun mengikut kiraan taqwim Hijriyyah mempunyai kelebihan tertentu dan keistimewaan beribadat di dalamnya. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta‘ala menciptakan hari atau bulan itu ada yang baik dan ada yang lebih baik. Sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai kelebihan bulan Muharram, Rejab, Sya‘ban, Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sebagai bulan-bulan yang istimewa. Begitu juga dengan hari-hari tertentu seperti Juma‘at, Khamis dan Isnin mempunyai pelbagai fadhilat.

Bulan Sya‘ban Dan Galakkan Beribadat Di Dalamnya

Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban. Bulan Sya‘ban juga mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang ahli ibadat sebagai masa mengaut pahala.

Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di mana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Pernah diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah berpuasa sunat dalam sebulan, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya‘ban.

Dalam makna yang lain Baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya‘ban dibandingkan bulan-bulan yang lain. Oleh kerana itu amatlah dituntut bagi umat Islam mencontohi apa yang dilakukan oleh Baginda itu kerana selain memperbanyak amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Maka antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan beristiqhfar

Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.

Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:

1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.

3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.

Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan.

Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya.

Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.

Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:

i. Menenangkan hati:

Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:

Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.

Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.

iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.

iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:

Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.

Antara keistemewaan amalan zikir itu pula ialah:

i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa walaupun sedang melakukan pekerjaan tanpa terikat dengan waktu. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, tidur, berdiri dan baring.

ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar. Walau bagaimanapun makruh berzikir secara lisan ketika berada di dalam tandas.

Begitu juga dengan perkara doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan cara merendahkan diri dan tawadhu‘ kepadaNya.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda:



Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.

(Hadis riwayat an-Nasaie)

22 Julai, 2009

Family day Jabatan Perpustakaan di Jeram Linang,Pasir Puteh


Hahahah..saje menyempa,sebenarnya aku nih di takde sangkut-paut dgn diorang,tp sbb waktu tu isteriku buat praktikum kat Jabatan Perpustakaan so aku join la sekali..hahaha..dari kiri En.Asri,berbaju kuning dan hijau kira aku takyah bgtaula nama sbb aku memang glamour dah..cuma yang baju putih tu jer aku nak perkenal namanya cik sue..hehe kwn isteri aku ...

Holiday Villa Star tempat ku menginap


kawan2..ini lah gambar aku berlatar belakangkan kereta Nazaria yang ku naiki dan Hotel tempatku menginap yang sempat dirakam di Bandaraya Alor Star,masuk kali ni dah 4 kalu aku ke negeri Kedah,Darul Aman.Sewaktu ini aku menginap di Hotel Holiday Villa Star(4 Bintang)kalau nak dikira harganya boleh tahan jugak la..hehee cantik sungguh bandar kelahiran Tun Dr.Mahathir Muhammad.

Ke Alor Star,Kedah Darul Aman atas urusan kerja rasmi


Gambar ni aku rakamkan ketika outstation ke Negeri Kedah Darul Aman baru2 ini,waktu itu bos tempat aku kerja (cik faezah) offer aku supaya membawa isteri tercinta.Tak sangka pulak dapat keluar negeri sambil2 berbulan madu lah katakan?

19 Julai, 2009

Majlis Memperingati ''Peristiwa berlakunya Isra' dan Mi'raj"



Majlis memperingati Isra' dan Mi'raj yang merupakan program tahunan tempatku bekerja(UMK)dan aku mempengerusikan majlis dengan menjemput Y.Bhg.Al-Fadhil Ustaz Abdul Aziz Bin Yahya (merupakan seorang Pendakwah Bebas yang sering ke udara di Kelantan .FM@ dulu dikenali(Radio Malaysia Kelantan).

Sedetik berlalu...aku bersama Tokpa'


Sungguh tak ku duga,pada hari ini aku dapat menunaikan solat bersama Menteri MITI malaysia yang juga Ahli Parlimen Jeli,Dato'Mustapa Mohamad(Tok'pa)

Beliau ialah seorang pemimpin yang disanjung dan berkaliber dan mudah untuk didampingi tidak seperti yang ku sangka sebelum ini,ini berlaku ketika aku di tugaskan untuk melakukan solat hajat sempena perasmian kampus UMK Jeli (cawangan tempatku bekerja)beliau menyapaku lalu supaya memulakan solat hajat dan zohor ketika itu.Begitulah pemimpin yang sepatutnya dipilih oleh rakyat,kerana menjiwai rakyat jelata.

13 Jun, 2009

Kurma tertera kalimah Allah(Bukti Kekuasaan Allah)




Kurma tertera kalimah Allah (bahagian kiri biji)yang
dibawa oleh Bahasa Osman
--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR – “Saya hairan mengapa ianya sukar ditelan dan seolah-olah liat isinya, jadi saya keluarkan kembali dan dapati bijinya disalut dengan benda berwarna putih.

“Bila dibersihkan dengan air zam-zam baru didapati ada kalimah Allah pada bijinya. Lantas saya beristighfar mengucapkan kalimah Allah sebanyak tiga kali berturut-turut, “ jelas Bahasa Osman, 58, dari Semenyih, Selangor yang menemui biji kurma unik tertera kalimah Allah.

Menurutnya yang merupakan seorang penulis, ketika hendak makan kurma tersebut pada 21 September 1995, dia sedang demam dan tidak lalu menjamah selera serta hanya mahu makan kurma sahaja.

Apabila ditanya mengapa baru sekarang beliau mahu menunjukkan kurma tersebut kepada umum, Bahasa menjelaskan pada awal tahun ini, ketika dia sedang mengikuti satu sesi kuliah agama di sebuah masjid di Semenyih, penceramahnya menasihatkan hadirin, supaya tidak menyembunyikan sebarang perkara yang boleh membawa kebaikan kepada umum.

“Walaupun dia hanya bercakap secara umum, tetapi saya terasa dan berasa seolah-olah bersalah kerana menyembunyikan kurma ini, lantas ianya ditunjukkan pada bilal masjid berkenaan tidak lama selepas itu.

“Dia kemudiannya, menceritakan pula kepada gurunya, pendakwah dan guru Tajwid terkenal negara, Tuan Haji Datuk Hassan Azahari, yang menasihatkan agar ia ditampilkan kerana sedikit sebanyak mampu menguatkan akidah mereka yang melihatnya,” ujarnya.

Bahasa yang datang ke pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menunjukkan kurma berkenaan berharap agar ianya akan dapat membawa kebaikan kepada masyarakat umum.

sumber www.yadim.com.my

09 Jun, 2009

Si CoMeL & Si MaNja



Ini gambar si comel dan si manja kesayanganku,si comel ku ambil dari rumah kawan kepada abang aku ,sewaktu di bawa pulang si comel ni agak agresif sedikit dan juga liar namun hasil dari didikan kuarga aku maka si comel menjadi baik dan jinak ,tiap2 kali aku memegang plastik makanan ianya terkejar2 untuk dapatkan makanan...si manja pun macam tu baik,jinak dan amat manja ( memang patutlah di panggil manja)hehehe...bukan sahaja manja tapi penuh keriangan.Si Manja ni walau kecil tp geletah kerana kerjanya memang beranak lepastu beranak..hehehehe

08 Jun, 2009



Dalam gambar ni adalah adik aku yang baru tamat belajar kat University Sains Islam Malaysia(dulu dikenali sebagai KUIM,baru2 ni dia pohon jwtn guru KPLI-JqaF..doa-doalah mudah2an dia dapat kerja tu sekurang2nya hilang sikit beban mek aku so tak payahla nak bersengkang mata cari duit dengan menjual tepung bungkus

07 Jun, 2009

Majlis Kesyukuran perkahwinan/pembaziran?

SINONIM dengan musim cuti persekolahan dikalangan masyarakat malaysia,maka ramailah kalangan anggota masyarakat mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri kahwin melambangkan kegembiraan dan kesyukuran lantaran bercantum dua hati insan dalam ikatan pernikahan.

Tidak kira di bandar atau kampung, kenduri kahwin berlangsung dalam suasana meriah tanpa mengira kecil atau besar sambutan mengikut kemampuan ekonomi pengantin dan keluarga yang mengadakannya.

Anas bin Malik dalam hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW melaksanakan majlis kenduri kahwin dengan seekor kambing untuk isterinya dan juga untuk Zainab.

Jelas daripada mafhum hadis itu bahawa hukum mengadakan walimah atau kenduri perkahwinan adalah diharuskan sebagai mengumumkan suatu ikatan pernikahan, tetapi hendaklah mengikut batas ditetapkan syariat Islam.

Menurut pandangan Syed Sabaq dalam salah sebuah kitabnya, beliau menerangkan walimah atau kenduri kahwin dapat dilaksanakan ketika berlangsungnya akad nikah atau sesudahnya.

Diriwayatkan oleh Bukhari menyatakan bahawa Rasulullah SAW mengundang sahabat Baginda untuk menghadiri majlis walimah sesudah Baginda mencampuri isterinya iaitu Zainab.

Pada kisah Abi Usaid juga didapati bahawa walimah yang dilakukan beliau di mana Rasulullah menghadirinya, Abu Usaud menghidangkan kurma yang disimpan pada malam harinya. Ia bermakna, makanan yang ingin dihidangkan pihak keluarga yang mengadakan walimah itu terpulanglah kepada kemampuan mereka.

Yang ingin dijelaskan daripada kisah itu, Islam memberi perhatian istimewa terhadap majlis kenduri kahwin sebagai tanda penghebahan kepada masyarakat bahawa suatu ikatan pernikahan sudah berlangsung dalam keluarga berkenaan.

Namun begitu, dalam mengadakan majlis kenduri kahwin ini, janganlah pula ada di kalangan keluarga Islam yang mengadakannya dengan melampau batas syariat.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang boros itulah saudara syaitan. Dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”

Sudah menjadi budaya masyarakat barangkali, apabila golongan mewah dan kaya mengadakan kenduri kahwin, jarang sekali mendahulukan orang miskin serta kurang berada sebagai tetamu.

Hal ini dijelaskan Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang-orang kaya saja, orang-orang fakir dan miskin tidak pula diundang untuk makan bersama.” (Hadis riwayat Bukhari)

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu dijemput ke majlis perkahwinan, maka hendaklah ia mendatangi majlis tersebut.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab yang ditulis Syed al-Bari ada menyatakan bahawa syarat undangan yang wajib dipenuhi antara lain hendaklah meliputi perkara berikut:


Orang yang mengundang adalah mukallaf, merdeka serta sihat pemikirannya.

Tidak dikhususkan kepada orang kaya saja.

Orang mengundang beragama Islam.

Tidak ada kemungkaran.

Orang yang diundang tidak mengalami keuzuran syarie

01 Jun, 2009

Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti