06 Februari, 2012

Cepatnya masa berlalu...

Pejam celik..pejam celik harinim rupenya dah masuk 6 februari 2012 bersamaan 13 Rabiual awwal 1433H.Sungguh cepat masa berlalu hinggakan takku sedari kini aku dah mencecah umor 31 .Mungkin bagi sesetengah orang mereka kata ah..baru 31 ,ini masa untuk enjoy pastu taubatla.Tapi bagi aku tidak sama sekali kerana itulah waktu yang sesuai digunakan untuk mengharungi kehidupan yang mendatang.Takkanla bila umur 50 baru nak bertaubat?yang pasti ajal maut tetap datang tanpa mengira umur dan juga masa seperti telah di sebut dalam ayat suci al-quran yang berbunyi :'' Apa bila datang ajal kepada kamu tidak akan diperlewat walau sesaat dan tidak akan di percepatkan". Betul....iyer ..dan sememangnya benar kerana telah terbukti di depan mata kerana yang hidup pasti akan mati tak kira tua ataupon muda.Tak kira kecik atau pon besar.Tak kira pangkat atau pon darjat.Setiap kita pasti merasai mati.Maka jalan yang terbaik disini ialah beramal untuk mati dan bersiap untuk di siapkan (di kafankan) kerana kita semua akan merasai alam barzakh."Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah naseb sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri" Ar'rad ayat 11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti