30 Disember, 2009

SELAMAT TAHUN BARU, SEMOGA KEHADIRANNYA DAPAT MENYUNTIK SEMANGAT BARU BUAT AKU

31 Disember 2009..sekarang jam menunjukan detik pukul 3.57 minit petang dan kurang 40 minit lagi aku akan mengetip punch kad aku menandakan berakhirnya waktu bekerja untuk hari ni, sungguhpun begitu masih banyak yang perlu aku baiki dan penambahbaikan terhadap proses kerja seharian aku di Universiti Malaysia Kelantan.

Sesungguhnya 2009 akan meninggalkanku dengan seribu kenangan, kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat buat diri ini.Walaupun 365 hari di rasakan sekejap namun ianya mematangkan aku dan sudah 28 tahun telah meninggalkan aku.Apakah segala usaha-usaha selama ini berbaloi?mungkin buat diri anda @kawan2 semua sudah cukup/puas,namun bagi aku 28 tahun kehidupan didunia ini masih belum memuaskan hati aku, aku merasakan seolah2 hidup ini di habiskan begitu sahaja mengikut nafsu ,dan juga keinginan yang bukan2 yang ada kalanya tidak tercapai oleh akal fikiran.Tetapi 2009 dapat memberi nafas lega pada aku dan juga isteri kerana segala hajat untuk memiliki kereta sendiri telah tercapai walau hanyalah menetap di Kuarters Kerajaan buat masa sekarang ni.

1.1.2010 .......cantik sungguh susunan nombor tersebut!tp ape yang akan berlaku dan bakal ku hadapi @ kecapi di masa hadapa belum di ketahui.Betullah kata pepatah "masa itu seperti emas" kalaulah aku dapat hidup seusia Rasulallah S.A.W. itu bersyukur bagi ku..tp adakah masih ada lagi baki2 usia yang akan datang buat aku?aku mula terfikir..apakah aku akan hidup lagi pada masa2 akan datang?itu tuhan saja yang tahu...mudah2an di panjangkan umur, di murahkan rezki dan di kurniakan zuriat yang soleh.semoga tahun 2010 membuka lembaran baru buat diriku ...selamat tinggal 2009...selamat tinggal...........Assalamualaikum.

Rahmat dan Kasih Sayang Allah...

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya."

Anas r.a

Huraian
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya."

28 Disember, 2009

BUBUR AYAM BERCILI


Bahan-bahan:
2 cawan beras
1/2 ekor ayam }rebus dan disiat-siat
3 biji bawang merah }dihiris
2 ulas bawang putih }dihiris
1 inci halia }diketuk
1 biji kentang }dipotong dadu
3-4 biji cili api }diketuk
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang
Air
Sedikit serbuk pati ayam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:
Panaskan minyak,tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.kemudian masukkan cili api,halia,beras yang telah dibersihkan dan digaul rata.masukkan air dan juga air rebusan ayam tadi dan didihkan hingga separuh masak.masukkan kentang,ayam,serbuk pati ayam dan garam.masakkan sebentar lagi.sebelum mengangkat bubur,masukkan daun ketumbar dan gaulkan.ketika menghidang,taburkan dengan sedikit daun bawang dan bawang goreng.

*untuk lebih sedap, makan bersama kicap pedas dan sedikit perahan limau.

Kicap pedas

Bahan-bahan:

Segengam cili api
3 ulas bawang putih
Sedikit air
Kicap
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
Kisar cili api bersama bawang putih sehingga halus.panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga masak.masukkan sedikit air dan kicap secukupnya dan biarkan mendidih sebentar.sedia untuk dihidang.

27 Disember, 2009

RESEPI UNTUK BUAT BUBUR ASYURA


Assalamualaikum...sahabt2 dan kawan2 semua pertama kali aku nak ucapkan kesyukuran dan tahniah kepada semua kerana pada muharam 1431 H ni kita masih di beri hidayah dan nyawa untuk hidup atas muka bumi ni....nih sempena bulan muharam 1431 h aku nak bagi resepi untuk korang buat bubur asyura..yerlahkan aku pun dah lama tk mengacau bubur asyura ni tp aku ingatla sebelum habisnya bulan muharam ni rase2 nak buat la jugak ,yerla selain sunnah nabi nuh..rase gak nak makan,hehehe tp kt tempat kerja aku diorang rancang nak buat 3 kawah untuk bajet tahun ni..so bagi sape2 yg tak pernah buat ni resepi dia...tp resepi ni bukan untuk sekawah tp sekuali je...tp mungkin resepinya berlainan mengikut negeri masing2.klau kat kelantan ade jual bahannya@awas kat kedai...

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
1 cawan gula merah
3/4 cawan gula
1/2 cawan kacang hijau*
1/2 cawan kacang merah*
1/2 cawan kacang tanah*
1 biji keledek*
* Direbus sehingga lembut
1/2 cawan jagung
1/2 sudu kecil halba ~ ditumbuk halus
1/2 sudu kecil jintan manis ~ ditumbuk halus
1/2 sudu kecil jintan putih ~ ditumbuk halus
6 cawan santan
1 sudu perasa pandan

Secubit garam

Cara penyediaan:
1. Bancuh tepung beras bersama santan, gula merah, gula, halba, jintan manis,jintan putih dan perasa pandan serta garam.
2. Tapiskan bahan tersebut ke dalam kuali dan masak sehingga mendidih dgn menggunakan api yg kecil.
3. Kemudian masukkan bahan yang telah direbus tadi dan kacau lagi sehingga bubur pekat(kental) dan adunan berkilat.
4. Tuangkan dlm loyang/bekas dan ratakan.
5. Biar sejuk sebelum dipotong untuk dihidangkan.

* Banyak lagi bahan yg boleh diletakkan di dlm bubur asyura ni.

TAKRIF SIYASAH ATAU POLITIK

sumber www.zaharuddin.net

Siasah menurut bahasa :

“Sasa- yasusu- siyasatan wa riasah” yang membawa maksud tadbir, perintah, mengetuai ( Lisan al-Arab, Dar al-kutub al-ilmiah)

Manakala menurut istilah para ulama’ terdahulu terbahagi kepada dua, iaitu :

1. Makna ‘Am : Mentadbir urusan manusia dan urusan dunia mereka dengan syariat Deen. Dengan ini kita dapati mereka mentakrifkan ‘Khilafah’ sebagai :
نيابة عن رسول الله صلى الله عليهم وسلم في حراسة الدين وسياسة الدنيا به

Mafhum : “Sebagai pengganti tugas Rasul dalam menjaga Agama dan mentadbir Dunia dengan berpaksikan agama”

2. Makna Khas : Tindakan-tindakan yang dibuat oleh Imam (Pemerintah) berdasarkan sumber-sumber, bertujuan untuk menghalang kerosakan dan mencegah kerosakan yang belum melanda atau suatu langkah pemulihan. [3]

Sebagai contoh tindakan seumpama ini adalah tindakan yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a yang membakar peliwat, Khlaifah Umar Al-Khattab ra pula pernah mencukur rambut Nasar bin hajjaj akibat digilai oleh perempuan Madinah. Semua tindakan ini berubah menurut kepentingan maslahat setempat dan zaman.

Menurut As-Syahid Imam Hasan Al-Banna : ‘Siasah adalah kajian tentang persoalan umat Islam samada dalam dan luar negeri, ia tidak terikat dengan ikatan kepartian semata-mata” [4]

Perkataan asal siyasah digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya :

كانت بنوا إسرائيل تسوسهم الأنبياء كلما هلك نبي خلفه نبي وانه لا نبي بعدي انه سيكون خلفاء فيكثرون

Mafhum : “Dahulunya Bani Israel dipimpin oleh para Nabi, tatkala wafat seorang Nabi maka dibelakangnya terdapat Nabi (lagi) dan sesungguhnya tiada seorang pun lagi Nabi selepas Aku( Rasulullah ), dana diikuti oleh para pemimpin…” [5]

DALIL KEWUJUDAN POLITIK DI DALAM ISLAM

Sejak berkembangannya fahaman Sekularisme di kebanyakan pelusuk dunia, ramai menjadi terkeliru dengan istilah-istilah seperti ‘politik kotor’, tiada politik dalam Islam, Islam tiada kaitan dengan politik dan pelbagai lagi.

Justeru percubaan memisahkan politik dari prinsip Islam ini sentiasa diperjuangkan oleh musuh-musuh Islam dan anak buahnya, malah juga terdiri dari kalangan umat Islam sendiri. As-Shahid Sayyid Qutb berkata ; Islam yang dikehendaki oleh Amerika dan kepimpinannya di Timur Tengah, bukanlah Islam yang menentang penjajahan, kezaliman, komunisme tetapi sebenarnya mereka tidak mahu Islam memerintah, mereka mahu Islam yang membicarakan perkara yang membatalkan wudhu’ sahaja, dan bukan persoalan ekonomi Islam, Politik Islam, Masyarakat Islam dan Kewangan Islam.

Bagi mengembalikan kefahaman umat, menjadi kewajiban bagi merujuk kepada rujukan utama Islam dalam hal kesempurnaan Islam dalam kepelbagaian bidang kehidupan.

Dalil Pertama : Dari Al-Quran

Firman Allah SWT :

الذين إن مكناهم في الأرض أقاموا الصلاة وآتوا الزكاة وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر

(ولله عاقبة الأمور ( الحج:41

Mafhum : Sesungguhnya orang yang kami berikan kepada mereka kekuasaan di atas muka bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan, melarang kemungkaran, dan kepada Allah mereka menyerahkan penghujung sgl usaha” (Al-Haj : 41)

Ayat di atas dengan jelas lagi terang menerangkan fungsi dan peranan pemimpin. Ia secara langsung menyentuh isu politik.

(ونزلنا عليك الكتاب تبيانا لكل شيء وهدى ورحمة وبشرى للمسلمين (النحل:89

Mafhum : Dan telah Kami turunkan kepada kamu, Kitab (al-Quran) yang didalamnya mengandungi penerangan terhadap semua perkara serta menjadi petunjuk dan rahmat dan membawa berita gembira bagi muslimin" ( An-Nahl : 89)

Ayat di atas pula menerangkan bahawa semua urusan kehidupan manusia telah pun diterangkan dasarnya di dalam Al-Quran, justeru ia adalah satu penegasan bahawa dasar yang melibatkan hal ehwal politik juga terkandung di dalamnya.

Dalil Kedua : Dari Al-Hadith

1. Sabda Nabi SAW :

إذا كان ثلاثة في سفر فليؤمرو اعليهم أحدهم (رواه ابو داود والطبراني عن أبي سعيد و أبي هريرة وإبن مسعود بإسناد صحيح )

Mafhum : “Apabila keluar tiga orang semasa bermusafir maka telah mesti ke atasnya melantik seorang darinya sebagai ketua” ( Riwayat Abu Daud dan At-Tabrani, dengan sanad yang shohih) [6]

2. أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر (النسائي وصححه النووي )

Mafhum : “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang haq dihadapan pemerintah yang zalim”

3) سيد الشهداء حمزة ثم رجل قام إلي إمام جائر فأمره ونهاه فقتله

Mafhum : “ Penghulu para syuhada; adalah Hamzah ra, kemudian lelaki yang bangun kepada pemerintah yang zalim lalu mengajaknya kepada kebenaran dan melarangnya dari kemungkaran lalu ia dibunuh kerana itu” ( Al-Hakim mentashihkan hadith ini)

4. رواه مسلم) من مات وليس في عنقه بيعة فإن ميتته جاهلية

Mafhum : “Barangsiapa yang mati, dalam keadaan tiada padanya suatu bai’ah( iqrar janji taat kepada pemimpin Islam) maka matinya seumpama dalam keadaan Jahiliyyah” (Riwayat Muslim) [7]

5. Piagam Madinah yang mengandungi 47 fasal, merupakan intipati sebuah perlembagaan negara. Antara lain isinya menyebut isu-isu politik kenegaraan, pentadbiran Rasulullah SAW terhadap Muhajirin, Ansar dan Yahudi. [8]

6. Berikut beberapa contoh tindakan siyasah syar’iyyah yang dilakukan di zaman Baginda SAW :-

· Nabi SAW bersungguh-sungguh mengecam untuk membakar rumah mereka yang tidak bersolat jemaah. [9]

· Menggandakan denda ke atas pencuri yang tidak cukup nisabnya untuk dipotong tangan, malah dilaksanakan hukuman sebat sebagai pengajaran. [10]

· Merampas harta individu yang tidak mahu mengeluarkan zakat. [11]

· Memecahkan bekas-bekas arak dan juga periuk-periuk yang dimasak di dalamnya daging yang haram..kemudian dinasakh hukum memecahkannya kepada basuh.[12]

· Memerintahkan wanita yang mencaci dan melaknat untanya, agar melepaskannya.[13]

· Memerintahkan agar dihukum bunuh bagi peminum arak bagi kali ke 4, hukum ini dinasakhkan selepas itu. [14]

· Memerintah agar ditangkap Yahudi yang menghentak kepala seorang hamba wanitanya dengan batu, Nabi menerima dakwaan wanita tadi lalu menghukum memukul kepala si Yahudi. [15]

Semua sunnah qawliyah dan fe’liyah baginda SAW di atas, menjurus kepada hal ehwal pentadbiran dan politik Islam.

Dalil Ketiga : Dari Athar Sahabat & para ulama mujtahidin

1. Berkata Saidina Umar al-Khattab : لا إسلام إلا بجماعة ولا جماعة إلا بإمارة, ولا إمارة إلا بالطاعة

Mafhum : Tiada Islam kecuali dengan Jemaah, tiada Jemaah kecuali dengan Kepimpinan, Tiada Kepimpinan kecuali dengan Ketaatan.[16] (Lihat)

2. Imam As-Syafie berkata : “ لا سياسة إلا ما وافق الشرع “

Ertinya : “Tidak diiktiraf siyasah kecuali pentadbiran yang menepati syara’” [17]

3. Berikut adalah contoh amalan siyasah syar’iyyah oleh para sahabat [18] : -

· Saidina Abu Bakar membakar para peliwat.

· Saidina Umar membakar kedai-kedai arak dan membakar kampung yang menjual arak di dalamnya.

· Saidina Umar mencukur rambut Nasar bin Hajjaj serta dibuang daerah kerana ketampanannya terlalu memikat wanita hingga ramai yang berhajat melakukan maksiat dengannya.

· Saidina Umar memukul Sobi’ bin ‘Asal kerana bertanya soalan yang tidak sepatutnya.

· Mengarahkan sahabat tidak memperbanyakkan meriwayat Hadith ketika mereka sibuk dengan Al-Quran.

· Saidina Uthman mengumpulkan Al-quran dengan satu qira’at.

Berdasarkan beberapa ayat, hadith serta athar tadi, jelas bahawa aspek siyasah (politik pemerintahan) semestinya terkandung di dalam Islam bahkan Nabi SAW juga merupakan seorang pemimpin politik apabila baginda menjadi Ketua Negara di Madinah. Penulis merasakan adalah tidak perlu untuk memanjangkan bahagian ini kerana meyakini kejelasannya di pemikiran para pembaca.

ILMU SIYASAH ISLAM DALAM SEJARAH PEMBUKUAN

Perkembangan ilmu politik Islam tidak terlepas daripada pandangan para pimpinan Islam sejak kewafatan Rasulullah SAW. Antaranya tandanya bolehlah kita melihat kepada buku-buku yang dikarang berkaitan tajuk ini, antaranya fiqh Umar al-khattab ra yang begitu banyak membuat pembaharuan dan ijtihad dalam perkara-perkara umat Islam (Mausu’ah Fiqh Umar Al-Khattab oleh Dr. Muhd Rawwas Qal’ah Ji), manakala antara buku terawal mengenai siyasah ditulis oleh al-Qadhi Abu Yusof Ya’qub B Ibrahim al-hanafi ( m 183 H) bertajuk Al-Kharraj, Yahya Adam al-Quraisy (m 204 H) bertajuk Al-Kharraj, Abu Ubaid al-Qasim ( 224 H) bertajuk Kanzul al-amwal, seterusnya Imam Ibn Qutaibah ( 267 H) bertajuk ‘Al-Imamah wa al-Siyasah’ ‘,setersunya al-Madinah al-Fadhilah, oleh Abu Ali Bin Sina ( 428 H). Manakala penulisan oleh Imam al-Mawardi as-Syafie (m 450 H) bertajuk adab al-wazir’ dan juga al-ahkam as-sultaniyah, Abu Ya’la al-Farra al-hanbali (458 H) bertajuk al-ahkam as-sultaniyah, Imam haramian al-syafie (476 H) bertajuk Ghiasu al-umam, penulisan oleh Shihabuddin al-Qarafi bertajuk ihkam al-ahkam fi tamyiz al-Fatwa , seterusnya Imam Ibnu Taimiyah al-Hanbali (728 H) bertajuk al-siyasah al-syariyyah fi islah al-ra’ wa al-raiyyah, Imam Ibnu Qayyim al-hanbali (749 H) Turuq al-hukmiah dan Al-Ahkam Ahli Dzimmah, Imam Ibnu Rejab al-hanbali (795 H) bertajuk al-istikhraj fi ahkam al-kharraj dan banyak lagi, sehinggalah ke hari ini. Ini membuktikan bahawa ilmu siyasah Islam bertali arus dari sudut perhatian para ulama’ terdahulu sehinggalah sekarang.

HAKCIPTA TERPELIHARA. Pusat Pengajian At-Tibyan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

--------------------------------------------------------------------------------

[1]. Riwayat Al-Hakim dan al-Baihaqi ; Berkata Al-Hakim : Hadith ini Shohih menurut syarat al-Bukhari & Muslim, ia juga dipersetujui oleh Imam Az-Zahabi.

[2] Riwayat Abu Daud , no 4291 ; Hadith Shohih menurut Syeikh Albani.

[3] As-Siyasah As-Syar’iyyah – Dr Yusof Al-Qaradawi, Muassasah al-Risalah, hlm 31

[4] Mabadi’ al-Usul Fi Mu’tamarat al-Khassah, Muassasah al-Islamiyyah, 1980, hlm 104

[5]. Riwayat Bukhari no 3268 , Muslim no 1842, Ahmad no 7947, Ibnu Majah 2871. Hadith Shahih

[6] Nailul Awtar, As-Syawkani, Kitab Aqdhiyah wa al-ahkam, 8/608

[7]. Shohih Muslim dengan Syarh Imam Nawawi, 12/240

[8]. As-Sirah An-Nabawiyyah As-Shohihah, Prof Dr Akram al-Umari, 1/282 ; Lihat juga analisa keshohihan piagam ini dari sudut sanad dalam kitab yang sama. Kesimpulan:- Sirah Ibn Ishak : tiada sanad ; Sanad oleh al-Bayhaqi : Terdapat perawi maqbul sahaja; Sanad oleh Ibn Abi Khaithamah , terdapat perawi mawdu’ ; Sanad oleh Abu Ubayd ; Terputus ; Maka secara keseluruhan piagam Madinah tidak mencecah darjat shohih, kecuali terdapat beberapa fasal yang diriwayatkan dalam sunan sittah termasuk Bukhari dan Muslim mencecah darjat Hasan.

[9]. Riwayat Muslim (no 652)

[10]. Riwayat Abu Daud (no 4390) dan At-Tirmidzi ( no 1289)

[11]. Riwayat Abu Daud (no 1575 )

[12]. Riwayat Bukhari (no 5496 ) , Muslim (no 1930 ) , At-Tirmidzi ( no 1293)

[13]. Riwayat Muslim (no 2595)

[14]. Riwayat Abu Daud (no 4482 ) , At-Tirmidzi (no 1444)

[15]. Riwayat Bukhari (no 2413) , Muslim (no 1672)[16]. Mawsu’ah an-Nuzum wa al-Hadharah al-Islamiyyah, Ahmad Syalabi, 2/29

[17]. At-Turuq al-Hukmiah, Ibn al-Qoyyim , hlm 41 ; tafsiran erti kalam As-Syafie tadi, adalah menurut tafsiran Ibn qoyyim.

[18]. At-Turuq al-Hukmiah, Ibn al-Qoyyim, hlm 45-47

Fiqh Siyasah Syar'iyyah : Fokus Terhadap Beberapa Isu Kontemporari

Oleh : Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

MUQADDIMAH

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan SAW serta para keluarganya dan sahabatnya yang terpillih dan seluruh mukminin dan mukminat yang menuruti jalannya dengan haq.


Penulisan ini menyentuh beberapa aspek siyasah dalam sudut pandangan Islam, antara aspek yang disentuh :


Kewujudan Politik di dalam Islam.
Cabaran Pemisahan Islam dan Politik.
Perbincangan tentang Dawlah Islam dan konsep asas pemerintahan Islam.
Hak wanita sebagai pemimpin dan politik dan lain-lain.
Hak bukan Islam di dalam Pemerintahan Islam.
Demokrasi serta pendirian Islam terhadapnya.
Sikap Islam terhadap Pilihanraya, Demonstrasi dan Parlimen.
Syarat Penggunaan Maslahat.



Demikian beberapa persoalan yang cuba disentuh secara ringkas.



Persoalan Fiqh Dawlah dan Siyasah Syar’iyyah semakin mendapat perhatian ramai apabila kefahaman Islam berkembang dan menyerapi pemikiran umat manusia yang selama ini gersang ditutupi oleh kezaliman ideology amalan para pemerintah moden. Benarlah sabda Nabi Saw :



ليبلغن هذا الأمر ما بلغ الليل والنهار ولا يترك الله بيت مدر ولا وبر

الا أدخله الله هذا الدين بعز عزيز أو بذل ذليل عزا يعز الله به



Mafhum : “ Pasti akan sampai urusan ini (Islam) ke mana sahaja sampainya malam dan siang, Allah tidak akan tinggalkan satu rumah si kaya mahupun miskin pun, kecuali akan dimasukkan oleh Allah Agama ini…” [1]




Sejak beberapa lama setelah kejatuhan khilafah Islam terakhir pada tahun 1924m, maka dengan bersendikan pemikiran mujaddid-mujaddid kurun ini, seperti Syeikh al-Imam Muhammad Abduh, Syeikh Rashid Ridha serta ramai lagi, lahirlah mujaddid haraki seperti Imam As-Shahid Hasan Al-Banna (1906-1949 M) pengasas jamaah Ikhwan Muslimin bagi mengharungi perancangan licik Yahudi serta sekutunya di seluruh dunia. Perjuangan demi menegakkan negara kebajikan Islam , kini menjadi tugas serta kewajiban semasa bagi seluruh umat Islam. Ulama’ contoh kini seperti Syeikh Prof. Dr.Yusoff Al-Qaradhawi, , Syeikh as-Syahid Abdullah ‘Azzam (1989 m), Syeikh Muhd Al-Ghazali(1916-1996m), Syeikh Abul A’la al-Maududi(1903-1979m), Syeikh Mustafa As-Siba’ie (1964 m), Syeikh Syahid abd Qadir ‘Awdah ( 1954m), Syeikh Muhd Qutb, Dr Hammam Said, Dr Abd Qadir Abu Faris, Dr. Solah Abd Fatah al-Khalidi serta ramai lagi boleh memandu kita ke arah peranan yang sebenarnya.

Kalau dahulu, kita dapat melihat dengan jelas peranan ulama besar dalam melakukan pembaharuan. Imam Abu Hanifah an-Nu’man (80-150H) merupakan individu utama dalam meletakkan kaedah mengeluarkan hukum Islam terhadap isu-isu baharu yang tidak terdapat nas khusus, iaitu melalui menggunakan kaedah ‘analogy’ hokum baru kepada hokum asal yang terdapat nas, ia dinamakan Qiyas. Jelasnya itulah keperluan utama di zamannya iaitu menyelesaikan isu-isu baru hasil perkembangan masa dan zaman. Manakala Imam Malik Bin Anas (93-178 H) pula merupakan individu utama yang menekankan persoalan ilmu jarh dan ta’dil sebagai keutuhan sumber perundangan Islam dan keshahihan hadith. Ia tepat di zamannya yang menyaksikan timbul pelbagai hadith-hadith palsu tatkala itu.




Imam Muhammad Bin Idris al-Syafie (150-204 H) dengan peranan utamanya iaitu berperanan sebagai individu utama menyusun kaedah Usul Fiqh dalam gaya gabungan ahli Hadis dan Ahli ra’yi. Manakala Imam Ahmad Bin Hanbal (164-241 H) pula merupakan individu pertama dalam menggabung dan mengumpulkan hadith-hadith Rasulullah SAW agar umat Islam tidak tercari-cari rujukan kelak, itulah Musnad Ahmad yang mengandungi lebih 40,000 hadith Rasulullah Saw. Peranan mereka semua amat bertepatan dengan kalam Rasulullah SAW yang menegaskan : Dari Abu Hurairah ra.



إن الله يبعث إلى هذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها


Mafhum : “Sesungguhnya Allah membangkitkan kepada umat ini, di setiap permulaan seratus tahun, seseorang yang melakukan tajdid bagi Agama” (riwayat Abu Daud)[2]




Justeru, adalah menjadi tuntutan kepada setiap individu Islam bagi memikirkan apakah keperluan Islam pada zamannya sesuai dengan hadith tersebut. Tidak dapat diingkari bahawa, semasa kewujudan Khilafah Islam sehingga tahun 1924 M sememangnya keperluan untuk mewujudkan gerakan Islam yang berjuang untuk menegakkan kembali sebuah negara kebajikan Islam secara khusus kurang releven, tetapi setelah kejatuhannya, tanpa syak ia sepatutnya menjadi salah satu tuntutan utama dalam Islam hari ini.

Bagi melicinkan tugas ini, menjadi kewajiban bagi umat untuk memahami selok belok politik Islam bagi memperkenalkannya kembali kepada manusia hari ini. Selaras dengan sebuah athar dari Sayyidina ‘Ali KW :


لا يعرف الفضل لأهل الفضل إلا ذو قضل


Mafhum : Orang yang tidak mempunyai kelebihan tidak akan dapat mengenali orang yang memiliki kelebihan”



Demikian begitu juga bak kata pepatah Melayu “Tak Kenal Maka Tak Cinta” Bagaimana mungkin manusia akan yakin serta cinta kepada system Islam sekiranya mereka tidak diperkenalkan dengan keindahan dan kemantapan sistem kenegaraan Islam dan politik Islam.

CIRI2 DAN SIFAT SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Pengat durian or bubur kacang +durian?



Semalam, aku berjalan2 dan round sekitar pulau melaka (berhampiran rumah MB Kelate) tp tak pergi lah umah dia,cume round2 sekitar tu...saje jalan2 nak bersiar2 test kereta lgpun lama dah tak bawa kereta sbb pergi kerja naik motor je yerla tempat kerja ngn umah aku tinggal dalam 5 minit jer jadi rugilah klu naik kereta dah la ekonomi tgh meleset skrg...sepanjang jalan tu aku tengok masyaallah tabarokallah banyaknya buah durian, macam2 jenis ade..mungkinkah pokok durian dah nyanyok sebab skrg ni bukan musimnya.Petang ni niat di hati aku nakgi beli selonggok durian nak balik buat pengat.Bestnya beli roti cicah pengat.

Muharam sudah tiba...

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Perihal 7 Ayat

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

Melawat pusat kraftangan Kota Kinabalu..




Sebelum balik kami sempat juga makan ikan kerapu bakar,sotong,ketam ,dan minum air masak yg jumlahnya boleh tahanla berbanding tempat lain hanya RM80 empat orang makan.

Lepas makan, kami jalan2 sekitar pusat kraftangan,membeli mutiara sebagai buah tangan untuk keluarga dan juga kenangan seperti sampotong(sejenis alat musik tradisional yg di buat dari buluh dan labu)

Politeknik Kota Kinabalu..



Politeknik Kota Kinabalu,nilah tempat aku gi lakukan lawatan sambil bekerja ketika berkunjung ke Sabah baru-baru ini...

Pengangkutan di sabah agak ketinggalan?




Masuk hari kedua aku berada di Sabah maka aku pun berjalanla@round kawasan sekitarnya yerlah kata orang alang2 pergi tempat org kena la perabis samah serial...jadi aku pun naik bas seringgit(tambang RM1) menuju bandar KK jadi sampai kat stesyen bas sane mengembalikan kenanganku sewaktu berada di Cairo suatu ketika dulu.

Yerla ,teksi jenis van (tramco),ade yang jual air dalam botol,air teh di letakkan dalam botol mineral dan sebagainya dan saling tak tumpah macam keadaan /suasana di cairo...

Istimewakah " rumpai laut??...



hahaaa..yang paling tak aku lupa ketika aku berkunjung ke Kota kinabalu waterfront..disitu pelbagai makanan ade,ade ikan bakar,mutiara,ikan kering,sotong kering dan sebagainya...tp yg paling istimewa buat aku ialah rumpai laut..hahaha sebelum ni aku hanya tengok dalam TV 1 je yang memaparkan kelazatan acar rumpai laut (dale bahasa kelate di panggil sarer)apa lagi.aku cubelah tp bile cube best lak rasanya dan aku pun beli bubuh dale tapawe dan bawak balik ke semenanjung suruh mek aku rasa..tp..........uwek .uwek..uwek..mek aku muntah (mungkin tak pernah makan)tp aku dan isteri aku gomol sampai habis...rasa nak pergi pulak ke sabah klu ade peluang..

26 Disember, 2009

"Buah Terap"pohonnya semakin pupus di Semenanjung


Buah terap...kali pertama aku mengenalinya,aku rasa begitu takjub sebab sebelum ni tak pernah melihat buahnya begitu juga pokoknya...rasenya semacam buah kaktus,barunya wangi dan harum ,harganya pun tak mahal cuma RM5 sebijik..dan makcik yang menjual buah tersebut bagitau kat aku ,kalau org semenanjung datang ke kedainya memang tak pernah balik tangan kosong...

Kali pertama jejakkan kaki ke sabah

Assalamualaikum,salam sejahtera & 1 malaysia buat semua yg sudi berkunjung ke blog aku yg tk seberapa ni ...alhamdulillah selepas beberapa bulan aku tk dapat updated blog ini kerana kekangan kerja dan sebagainya maka harini aku bersyukur kerana dapat peluang untuk updated dan berkongsi serba sedikit pengalaman ketika aku berkunjung ke Sabah baru2 ini..sungguh tak di duga dan tanpa di sangka aku dpt jejak juga kaki di sana dengan segala kos ditanggung oleh majikan tempatku bekerja.

Ketika mendapat di lapangan terbang MAS(kerana di sana ade 2 lapangan terbang 1 Air ASIA & 1 lagi MAS ),kalau korang dengar pun agak pelik.Tetapi itulah realiti di Sabah.Sebelum mendarat hatiku dan 2 rakan lain masing2 berdebar kerana cuaca amat buruk ketika itu dan pada masa yang sama flight harus berada di udara lebih kurang 25 minit sebelum mendarat ..dan tepat jam 5.45 ptg kami selamat mendarat di lapangan tersebut...dan meneruskan perjalanan dengan taxi airport ke Tanjung Aru (Hotel megah D'Aru) dengan bayaran RM70 dengan jarak tidak sampai 3 KM...oh memang perit rasanya.jika dibandingkan dengan taxi kat kelantan dahla kepelatan pemandu hampir2 dengan bahasa Indonesia.

08 November, 2009

Kelantan Kempunan lagi setelah 39 tahun menanti...

8 November 2009. pukul 8.45 malam bermulo detik perlawanan bola sepak negeri kelantan dan nogori 9.Pada malam tu,penyokong2 kelate dari kecik smpailah besar pakat duk hurung tv nok tengok sejauh mano kelate berlawe denge negeri sembile(negeri isteri ambo)namun masuk minit ke 20 hati ambo raso tok sedak,seolah2 olah pemain kelate di pukau satu-persatu puak2 negeri 9 sumbat gol...sungguh mendukacitakan tp itulah lumroh permainan.kalah menang adat bertanding...mungkin pemain kelate raso gemuroh sebab tengok penyokong ramai terlajak kot?macam2 andaian boleh buat..ado hok kato dan bowok citer kato kena sihir tp hok mano betul hok mano saloh ambo tok ambik kira sebenarnya sebab semua tuh hanyalah andaian...tp syabas buat pemain kelate (red warriors ) kerana dapat ke pertandingan akhir piala malaysia...

26 Oktober, 2009

KEPENTINGAN MENJAGA AMANAH

عن حذيفة بن اليمان -رضي الله عنهما- عن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال:
( والذي نفسي بيده لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر، أو ليوشكن الله أن يبعث عليكم عقابا منه، ثم تدعون فلا يستجاب لكم )
الترمذي (2169)

Dari Huzaifah bin Yamani ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Demi Yang jiwaku berada di tangan-Nya. Sungguh kalian harus menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari kemungkaran atau Allah akan mempercepat azab dari-Nya lalu kalian berdoa tetapi tidak akan dikabulkan." Tirmizi, hadis nomor 2169.
"Makruf" adalah nama untuk semua bentuk ketaatan kepada Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya, berbuat baik kepada manusia, dan segala sesuatu yang disunahkan dan dimakruhkan.
Hadis ini menyatakan bahwa salah satu dari dua hal pasti terjadi:
Amar makruf (menyuruh kepada kebaikan) dan nahi mungkar (mencegah kemungkaran), atau diturunkannya azab dari Allah dan tidak dikabulkannya doa.

- Dalam hal ini, ancaman yang keras terhadap melalaikan kewajiban amar ma'ruf, nahi mungkar.

- Bahwa jika azab diturunkan, maka akan mengenai yang saleh dan yang jahat.

- Amar ma'ruf, nahi mungkar wajib dilakukan oleh seseorang terhadap orang lain yang berada di bawah tanggung jawabnya, seperti penguasa terhadap rakyatnya, seorang bapak terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya. Setiap pemimpin bertanggung jawab atas yang dipimpinnya.

25 Oktober, 2009

POKOK TONGKAT ALI SEBAGAI CENDERAHATI BUAT AYAHKU..HE HE.HE


Berkunjung ke peladang agro setiu ,resort..tidak lengkap rasanya kalau tidak berkunjung ke kebun tumbuhan herba...jadi bagi melengkapkan percutian aku sempatla gi masuk dale kebun tumbuh-tumbuhan herba.dan kesempatan ini aku beli cenderahati ko ayah aku (pokok tongkat ali)sbb dah hampir setahun ayah aku suruh aku dapatkan anak /semaian pokok tongkat ali(sbb ayah aku suka simpan barangan pelik2)

antara unggas yang terdapat di peladang agro setiu,resort



MENJENGUK UNGGAS DI PELADANG AGRO SETIU ,RESORT

Sekitar hari terakhir berkunjung ke peladang agro setiu resort


pada hari last,kami berpeluang mendampingi haiwan-haiwan yang dibela dan dipelihara seperti memberi makan pada ikan,jenguk2 sagkar unggas yang terdapat di sana.antara haiwan yg terdapat disana ialah sejenis ayam (seribu colour)burung merak,merbah,arnab,spesis kura-kura,labi-labi,ikan,..dan etc...

Malam last program di peladang agro setiu..



antara program last waktu ke peladang agro setiu resort ialah..sesi bakar membakar..haha bukan bakar hutan@orang tetapi bakar ikan,ayam,sotong dan udang..huhuh meleleh air liur aku teringat peristiwa tersebut.kira boleh tahan juga la pakej yang kami ambil tu...kira puas hati lah...

13 Oktober, 2009

klu nak kira gambar yg sempat di rakam memang banyak...tp ambo masukkanlah setakat boleh...


8-10 Oktober aku dapat arahan kerja sambil bercuti di Peladang Setiu Agro Resort ,

Konvensyen Imam dan Bilal Peringkat Kebangsaan 2009


Baru-baru ni aku telah di jemput oleh Universiti Utara Malaysia bagi menghadiri Konvensyen Imam dan Bilal Peringkat Kebangsaan 2009...jadi kawan aku sempat mengambil 1 keping potret untuk aku...klu korang nampak dalam gambar tu ,yg kat sebelah aku,merupakan hj ibrahim(imam masjid port dickson) dan haji Mahat merupakan adik kepada Dato Ahmad Jais..Penyanyi Veteren malaysia...

04 Oktober, 2009

Tanah runtuh di Padang,Indonesia wajar di ambil iktibar..???

Sungguh sayu dan pila bila terlihat skrin TV memaparkan kisah mangsa tanah runtuh yang berlaku di Padang,Sumatera Indonesia baru-baru ini.

Walau ianya tidak berlaku di tanah air kita tetapi aku merasa sedih dan pilu,tatkala menatap skrin tv,akhbar2 utama,dan juga tabloid yg memaparkan keperitan,kepedihan dan juga kesengsaan yang di alami keluarga mangsa terbabit.Mungkinkah ada hikmah disebalik peristiwa itu?mungkin /tidak hanya Allah taala yang mengetahuinya namun manusia adalah sekadar menterjermah makna@tersirat disebaliknya....wajarkah kita berdiam diri tanpa memikirkan insentif untuk diberi kepada mereka@kita hanya bertepuk tangan?..insaflah wahai teman-teman dan juga muslimin sekalian,ingatlah kita akan Allah dan jangan kita alpa dari mengingati nya....Apakah peristiwa tersebut berlaku kerana murkanya Allah terhadap umatnya...?

29 September, 2009

Aidilfitri 1430H...

Sebut pasal raya sape tak suka,bukan sahaja orang tua yg beraya bahkan budak2 di kampung riang gembira menunggu detik pengumuman raya oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-raja..Namun disebalik raya tersimpan seribu kenangan samada pahit/manis..tp setiap orang tak sama kan?mace aku,raya tahun ni byk ku perabis duit,hitung punya hitung huuhuu RM500 jugak habis persiapan raya,tu tok beli baju raya lagi...walau apapun ...aku sedihla..sebab tokleh gi berayo umoh abe ipar kat Batu Pahat,Tahun ni...tp tkpo sbb kedatangan abe ipar aku yg kijo polis kat Kota Tinggi (sekeluargo)pakat maghi berayo kelate...huhuhhu shopping bukan main...kehulu kehilir aku duk bowok abe ipar aku sekeluarga gi jale umah mek ,abe long dan tempat2 menarik kat kelate nih....huhuh......

16 September, 2009

Salam Aidil Fitri buat Semua mengenaliku.....


Assalamuaalaikum..sempena 1 Syawal yang bakal tiba nanti ,aku ingin menyusun ,menyusur dan menghulurkan sepuluh jari memohon kemaafan atas semua kesalahan samaada aku sedari,tidak sedari atau sengaja buat hingga mengguriskan perasaan korang semua.Juga disini aku sertakan duit raya sebanyak RM100 sorang...ingat!jgn bergaduh tau!

13 September, 2009

Sepintas lalu bersama Us.Mustaffa Md Daud (Penceramah Program Tafsir Al-Quran Kelantan.FM)




Pertama kali aku bersua dengan Al-Ustaz Mustaffa Md daud yang sering ke udara di Konti Kelantan.FM pada setiap sabtu pukul 6.30 petang.

Melalui percakapan dengan telefon,ku menyangka orangnya mungkin dah berusia namun realiti sebaliknya kerana wajah orang yang aku undang khas itu ke program ilmu sempena Ihya Ramadhan 2009 kelihatan berseri-seri dengan cahaya keimanan dan penuh ramah,penuh dengan keceriaan melayan hadirin yang menghadiri program tersebut. itulah dia peribadi tokoh yang berkaliber kelahiran Kg.Rekang ,Bachok kelantan

10 September, 2009

Bonus Oh Bonus...(Bonus Raya)

9 September 2009

Alhamdulillah masa yang ditunggu2 telah tiba,syukur dapat "bonus raya"..terima kasih kepada PM kerana prihatin terhadap kakitangan awam macam aku ni...dapatla ku guna duit tu untuk beli juadah hari raya...hehehehe ini dikatakan rezki...

07 September, 2009

akok oh akok...


akok oh akok!sebut je akok semua rakyat kelate kenal..huhu memang best,tambahan pula yang jenis berkedut..kalau anda semua naktau?akok ni memang sebati dengan kuarga aku sbb tiap2 hari kami membuat kueh akok baik untuk tempahan dan juga jualan...

Juadah harian keluargaku ketika berbuka


Bagi orang kelantan,setiap kali tibanya musim puasa (ramadhan),seakan2 berlakunya pesta,disana -sini wujud bazar ramadhan dan di tepi-tepi jalan juga tidak ketinggalan.

Antara juadah yang menjadi kegilaan orang kelantan ialah ..onde2,akok,nik bat,puteri mandi dan air tuak(nira kelapa).Sebut pasal juadah puasa ni..huhh tahun ni emak aku bekerja keras dengan membuat akok,onde-onde,acar pisang,teresek dan jua sagumpal,mek aku juga sedia menerima tempahan akok dan onde2 untuk juadah berbuka...tahun ni dah 3 x tempahan diterima hingga mencecah 700 biji akok dan 1000 biji onde-onde dalam sehari...yang baki untuk dijual tu dapat lah dibuat berbuka kat umah...

Puasa tahun ni amat bermakna buat aku...

Alhmdulillah Allah masih lagi panjangkan umur aku,begitu juga kudrat untuk aku menunaikan puasa,cuma di awal puasa baru-baru ni aku agak kepenatan la juga sebab diserang simptom H1N1 kerana tiba-tiba tubuhku menggigil dan kepenatan,sakit tekak,batuk dan juga sakit kepala...mujur aku gi ke Klinik Kesihatan lebih awal dapatlah juga cuti rehat dari doktor mulai 26-30 hrbulan(dikuarantin)..

02 September, 2009

Kaedah dan waktu terbaik menunaikan "Zakat Fitrah"

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim

KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1.WAKTU WAJIB

Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2.WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya

3.WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan

4.WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari satu Syawal

Sepintas lalu berkenaan pengertian Zakat Fitrah...

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1.Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

2.Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

3.Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

4.Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Puasa-puasa jugak tp zakat fitrah jgn lupa...

Assalamualaikum.sahabat2 dan juga ahli keluarga ku dan juga saudara-maraku...sempena bulan ramadhan ni disamping melakukan kewajipan berpuasa,ingat-mengingatilah pada orang-orang miskin dan juga anak2 yatim kerana pada waktu ini lah saat melakukan amal kebajikan kerana ianya diberi 1O ganjaran pahala berbandin di bulan2 lain...tetapi dalam pada tu jgn lupa untuk membayar zakat fitrah kerana fitrah tersebut bukanlah hak kita tetapi hak bagi orang-orang yang berhak menerimanya..ingat!!!amalan seseorang itu akan tergantung/sia-sia sekiranya seseorang itu tidak membayar zakat fitrah...wania zu billahhi min zalik..........

RAMADHAN..dan Kelebihannya.........

1. Bulan diturunkan Al-Quran

Yang bermaksud:(masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan yang membezakan antara benar dengan yang susah ( surah Al Baqarah : 185 )

2. Bulan penuh berkat

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, di tengahnya pengampunan dan akhirnya merdeka daripada api neraka.

3. Bulan penghapusan dosa

Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar

Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu pada dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibrail dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah (malam) sehingga terbit fajar.(surah Qadr:1-5)

# semoga kita mengambil manfaat daripadanya.

10 Ogos, 2009

Lagi gambar..kunjungan kerumah bapa saudaraku


Kunjungan ke "Rumah Bapa Saudaraku"setelah 25 tahun tak bertemu..


setelah 25 tahun tak berjumpa maka pada hari tersebut sempena cuti penggal persekolahan maka aku dan keluarga berkunjung ke rumah bapa saudaraku..tak sangka pertama kali ku tatap wajah bapa saudaraku yang lebih dikenali sebagai 'poklong'seiras tok aku(allahyarham)..mudahan dengan pertemuan tersebut maka hubungan kami sekeluarga iaitu keturunan sebelah menyebelah lebih erat dan kukuh..aminnnnnnnn!ya rabbal alaminnnnnnnn

lagi gambar....sekitar "FamilyDay"


sape paling gagah?hahahaha

Sekitar "myFAMILY DAY"2009

kalau korang nktau,baru2 ni keluarga aku buat"Family day"2009 kat Perkasa Beach Resort ,Bacok.kelantan..huuuu best gak la sbb ramai kalangan family sebelah mak aku yang datang ke majlis tersebut.
Baru

26 Julai, 2009

Bulan Sya'ban di Ambang Ramadhan..

BULAN SYA'BAN :

Persediaan Di Ambang Ramadhan

Setiap bulan dalam sepanjang tahun mengikut kiraan taqwim Hijriyyah mempunyai kelebihan tertentu dan keistimewaan beribadat di dalamnya. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta‘ala menciptakan hari atau bulan itu ada yang baik dan ada yang lebih baik. Sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai kelebihan bulan Muharram, Rejab, Sya‘ban, Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sebagai bulan-bulan yang istimewa. Begitu juga dengan hari-hari tertentu seperti Juma‘at, Khamis dan Isnin mempunyai pelbagai fadhilat.

Bulan Sya‘ban Dan Galakkan Beribadat Di Dalamnya

Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban. Bulan Sya‘ban juga mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam. Keadaan ini samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang mempunyai fadhilat tersendiri, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang ahli ibadat sebagai masa mengaut pahala.

Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di mana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Pernah diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah berpuasa sunat dalam sebulan, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya‘ban.

Dalam makna yang lain Baginda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya‘ban dibandingkan bulan-bulan yang lain. Oleh kerana itu amatlah dituntut bagi umat Islam mencontohi apa yang dilakukan oleh Baginda itu kerana selain memperbanyak amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban

Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Maka antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan beristiqhfar

Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.

Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:

1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.

3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.

Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan.

Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya.

Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.

Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:

i. Menenangkan hati:

Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:

Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.

Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.

iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.

iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:

Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.

Antara keistemewaan amalan zikir itu pula ialah:

i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa walaupun sedang melakukan pekerjaan tanpa terikat dengan waktu. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, tidur, berdiri dan baring.

ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar. Walau bagaimanapun makruh berzikir secara lisan ketika berada di dalam tandas.

Begitu juga dengan perkara doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan cara merendahkan diri dan tawadhu‘ kepadaNya.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda:



Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.

(Hadis riwayat an-Nasaie)

22 Julai, 2009

Family day Jabatan Perpustakaan di Jeram Linang,Pasir Puteh


Hahahah..saje menyempa,sebenarnya aku nih di takde sangkut-paut dgn diorang,tp sbb waktu tu isteriku buat praktikum kat Jabatan Perpustakaan so aku join la sekali..hahaha..dari kiri En.Asri,berbaju kuning dan hijau kira aku takyah bgtaula nama sbb aku memang glamour dah..cuma yang baju putih tu jer aku nak perkenal namanya cik sue..hehe kwn isteri aku ...

Holiday Villa Star tempat ku menginap


kawan2..ini lah gambar aku berlatar belakangkan kereta Nazaria yang ku naiki dan Hotel tempatku menginap yang sempat dirakam di Bandaraya Alor Star,masuk kali ni dah 4 kalu aku ke negeri Kedah,Darul Aman.Sewaktu ini aku menginap di Hotel Holiday Villa Star(4 Bintang)kalau nak dikira harganya boleh tahan jugak la..hehee cantik sungguh bandar kelahiran Tun Dr.Mahathir Muhammad.

Ke Alor Star,Kedah Darul Aman atas urusan kerja rasmi


Gambar ni aku rakamkan ketika outstation ke Negeri Kedah Darul Aman baru2 ini,waktu itu bos tempat aku kerja (cik faezah) offer aku supaya membawa isteri tercinta.Tak sangka pulak dapat keluar negeri sambil2 berbulan madu lah katakan?

19 Julai, 2009

Majlis Memperingati ''Peristiwa berlakunya Isra' dan Mi'raj"



Majlis memperingati Isra' dan Mi'raj yang merupakan program tahunan tempatku bekerja(UMK)dan aku mempengerusikan majlis dengan menjemput Y.Bhg.Al-Fadhil Ustaz Abdul Aziz Bin Yahya (merupakan seorang Pendakwah Bebas yang sering ke udara di Kelantan .FM@ dulu dikenali(Radio Malaysia Kelantan).

Sudah lama tak ke udara melalui laman blog ini...alhamdulillah hari ini dapat on...Insya'Allah saya akan updated sedikit masa nanti